Amaran hujan tahap buruk di Kelantan, Terengganu hingga esok

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dan buruk di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Kelantan itu melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu pula melibatkan kawasan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

Menurut MetMalaysia, amaran hujan berterusan tahap buruk di Kelantan pula melibatkan kawasan Gua Musang manakala di Terengganu meliputi kawasan Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Dalam kenyataan sama, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di Kedah meliputi Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, di Perak (Hulu Perak), di Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan seluruh negeri Perlis, juga dijangka berlaku sehingga esok. - Bernama

Artikel Berkaitan: