Mangsa banjir di Pahang meningkat, enam PPS dibuka di Raub

Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir di Raub. - Foto ihsan APM
Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir di Raub. - Foto ihsan APM
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Pahang mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir setakat Isnin berbanding Ahad selepas 271 mangsa melibatkan 62 buah keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Raub.

Hujan lebat berterusan kira-kira jam 12.40 tengah malam pada Isnin sekitar kawasan daerah itu menyebabkan paras air sungai melebihi paras bahaya dan melimpah.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga jam 12.39 tengah hari, PPS di Surau Kampung Peruas dan Dewan Lechar masing-masing menempatkan 65 mangsa.

Di Dewan Orang Ramai Bukit Pampong pula menempatkan 51 mangsa, Balai Raya Kampung Pamah Kulat (55), Balai Raya Kampung Pamah Rawas (20) dan 15 orang di Rumah Pertanian Kampung Pamah Rawas.

Di Jerantut pula, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi 1 yang menempatkan 75 mangsa pada Ahad telah ditutup sepenuhnya pada jam 11 pagi, Isnin.

Sementara itu di Kuantan, situasi semasa di Sungai Lembing setakat tengah hari, air telah turun ke paras 37.36 meter (m) berbanding waktu puncak pada Ahad, 39.97m.

Bagaimanapun, paras air masih bertahan dan 13 mangsa membabitkan empat keluarga yang ditumpangkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lembing sejak malam tadi masih belum dapat pulang ke rumah masing-masing.

Artikel Berkaitan: