Budak perempuan lemas dipercayai jatuh parit, seorang lagi masih hilang

Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas dipercayai terjatuh ke dalam parit, manakala rakannya masih hilang. - Gambar hiasan - Foto 123RF
Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas dipercayai terjatuh ke dalam parit, manakala rakannya masih hilang. - Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

RANTAU PANJANG - [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun meninggal dunia akibat lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam alur sungai ketika bermain banjir di Kampung Petai Dusun di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Siti Aisyah Mazi manakala rakan mangsa, Nur Damia Qaisara Mohd Sabre juga berusia 11 tahun dikhuatiri lemas dan sehingga sekarang belum ditemukan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintenden Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, Siti Aisyah telah diselamatkan oleh penduduk dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Namun telah disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Maklumat awal mendapati kedua-dua mangsa telah bermain air banjir dan tergelincir sebelum dibawa arus," katanya pada Isnin.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dilakukan oleh pihak polis dan bomba.

Ujarnya, orang ramai dinasihatkan untuk cakna mengenai keselamatan anak-anak di bawah jagaan masing-masing yang bermain air tanpa pengawasan.

Nik Aminuddin memberitahu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di talian 09-7932222.

Artikel Berkaitan: