Audiolab peneraju penjagaan audiologi Malaysia

Ketua Jabatan Jualan dan Pemasaran Audiolab, Anisah Mohd Nor memberi penerangan mengenai pemasangan alat membantu pendengaran.
Ketua Jabatan Jualan dan Pemasaran Audiolab, Anisah Mohd Nor memberi penerangan mengenai pemasangan alat membantu pendengaran.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tahukah anda kira-kira 360 juta orang di seluruh dunia mengalami kehilangan pendengaran yang menjejaskan mereka menjalani kehidupan normal.

Masalah pendengaran boleh menjejaskan interaksi seseorang dengan orang lain serta boleh menjejaskan perkembangan pertuturan di kalangan kanak-kanak.

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tiga hingga empat dalam setiap 1,000 bayi dilahirkan dengan masalah pendengaran.

Justeru, ujian saringan pendengaran pada bayi yang baru lahir dapat membantu untuk mengesan masalah pendengaran pada peringkat awal.

Malah, kebanyakan hospital utama di Malaysia menjalankan ujian saringan pendengaran ke atas bayi yang dilahirkan di hospital.

Khaivan yang berjaya menjalani pembedahan implan alat bantuan dengar pada November lalu.
Khaivan yang berjaya menjalani pembedahan implan alat bantuan dengar pada November lalu.

Masalah pendengaran boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu masalah pendengaran yang wujud sejak lahir (congenital) ataupun masalah pendengaran yang berlaku selepas waktu kelahiran pada bila-bila masa atas sebab-sebab tertentu.

Pengesanan awal masalah pendengaran adalah sangat penting. Kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah pendengaran dan mendapat intervensi seawal umur enam bulan berpotensi untuk bertutur dan mempunyai perkembangan bahasa pada tahap yang sama dengan kanak-kanak sebaya yang normal.

Artikel Berkaitan:

Apabila membicarakan pemulihan pendengaran, penyedia penjagaan audiologi terkemuka, Audiolab Hearing Care Centre (Audiolab) mampu membantu mereka yang mempunyai masalah pendengaran kembali dengan baik.

Ditubuhkan pada tahun 1996, Audiolab menawarkan perkhidmatan audiologi yang komprehensif seperti ujian pendengaran, penyelenggaraan alat bantu pendengaran, perkhidmatan percuma seumur hidup, penilaian pendengaran tahunan, pemulihan dan kaunseling selain menyediakan perkhidmatan implan koklea untuk semua peringkat umur.

Implan koklea

Ini terbukti selepas Audiolab yang mempunyai 22 cawangannya di seluruh negara itu mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menjalankan pembedahan implan koklea pertamanya ke atas seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Khaivan Chin Jun yang mengalami masalah pendengaran sejak berusia satu tahun.

Antara alat bantu dengar yang disediakan di Audiolab.
Antara alat bantu dengar yang disediakan di Audiolab.

Kini, kanak-kanak berasal dari Sabah itu memberi tindak balas yang amat baik selepas alat bantuan mendengar yang dipasang berfungsi dengan baik selepas pembedahan itu.

Sebelum ini, Khaivan sukar berkomunikasi dengan keluarganya namun selepas alat khas bantu mendengar dipasang, ianya dapat membantu memudahkan kehidupan hariannya berbanding dahulu.

Pencapaian penting ini menandakan komitmen Audiolab untuk mengubah kehidupan melalui penyelesaian pendengaran yang inovatif.

Perjalanan Khaivan ke Audiolab bermula apabila ibu bapanya dimaklumkan tentang pelbagai pembekal implan koklea semasa sesi terapi mereka bersama ahli patologi bahasa dan pertuturan di Hospital Queen Elizabeth.

Selepas pemantauan yang teliti dan penilaian menyeluruh, mereka memilih Audiolab kerana keyakinan mereka terhadap penjelasan terperinci yang diberikan dan rangkaian produk yang ditawarkan.

Di bawah penjagaan pakar pasukan di Audiolab, Khaivan telah berjaya menjalani pembedahan implan koklea yang mengambil masa kira-kira empat jam.

Prosedur itu, yang dilakukan oleh pakar bedah berkemahiran tinggi sekali gus menandakan titik perubahan dalam hidup Khaivan.

Selepas pembedahan, kehidupan serta kebolehan komunikasi Khaivan mula meningkat dengan ketara selain mampu bertindak balas terhadap arahan selain menunjukkan tingkah laku yang terurus.

Pekembangan Khaivan itu dijelaskan Pakar Audiologi Kanan Audiolab Kota Kinabalu, Hamizah Mohamed Ghazali yang mana pembedahan tersebut membuktikan keupayaan dan pencapaian Audiolab meningkatkan kehidupan individu yang mengalami kehilangan pendengaran.

“Intervensi awal dan akses kepada teknologi pendengaran termaju memainkan peranan penting dalam memastikan pesakit mencapai potensi penuh mereka sebagai orang yang norma,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Unit bergerak Audiolab

Sementara itu, Pengarah Urusan Audiolab, Mohd Nor Che Ta berkata, sebagai penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan pendengaran, Audiolab bercita-cita menjadi meneraju bidang kesihatan di peringkat tempatan dan antarabangsa menerusi inovasi dan kerjasama teknologi.

Mohd Nor menunjukkan alat bantu mendengar berteknologi tinggi yang ditawarkan oleh Audiolab.
Mohd Nor menunjukkan alat bantu mendengar berteknologi tinggi yang ditawarkan oleh Audiolab.

“Audiolab turut bekerjasama dengan pengeluar alat bantu pendengaran berteknologi tinggi seperti Signia dan Phonak, Resound dan Oticon,” jelasnya.

Selain perkhidmatan yang disediakan di cawangan-cawangan, Audiolab telah menjalankan beberapa inisiatif serta bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) bagi melaksanakan ujian pendengaran kepada orang ramai menggunakan mobile unit yang mampu bergerak ke mana-mana lokasi pilihan pelanggan.

Tambahnya, Audiolab turut mengadakan latihan menambah ilmu seperti latihan produk kepada para audiologis secara berkala bagi memastikan mereka terus memberi rawatan terbaik kepada para pelanggan.

Perancangan

Malah, Audiolab menurut Mohd Nor, merancang memperluaskan lagi cawangan di peringkat antarabangsa khususnya di beberapa negara Asia.

“Ini merupakan plan strategik untuk tempoh 10 tahun setelah menerima maklum balas yang baik dari pelanggan seluruh negara,” kata Mohd Nor.

Jelas beliau lagi, rancangan meluaskan perkhidmatan penjagaan kesihatan telinga dan mewujudkan lebih banyak rangkaian ini tercetus setelah terdapat beberapa pelanggan sanggup menghabiskan masa berkunjung ke Audiolab yang jauh dari rumah mereka semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan daripada pihaknya.

“Oleh itu, kami dalam perancangan mewujudkan lebih banyak rangkaian dan syarikat menyasarkan untuk membuka tiga lagi cawangan dan ini menjadikan jumlah cawangan kepada 25 buah pada tahun 2025.

“Selain itu, kami teruja dengan peluang untuk menerajui Audiolab di seluruh Malaysia dan bercita-cita untuk meningkatkan kesedaran antarabangsa mengenai jenama ini,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut tentang Audiolab dan perkhidmatan yang ditawarkan, mereka yang berminat boleh menghubungi talian bebas tol kami di 1-800-22-0202 atau menerusi e-mel di careline@audiolab.com.my atau melayari laman sesawang, www.audiolab.com.my dan juga melalui plafform Facebook, https://www.facebook.com/audiolabsound/.