Dua suspek curi jam tangan mewah, barang kemas RM1.2 juta diburu

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

IPOH - Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah dan curi membabitkan kerugian lebih RM1.2 juta di Taman Mansion dekat sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan dijalankan selepas menerima laporan daripada peniaga berusia 28 tahun itu sekitar jam 1.20 petang pada 12 Disember lalu.

"Mangsa mengalami kerugian harta benda apabila 13 utas jam tangan mewah antaranya Rolex GMT Master II bernilai RM230,000, IWC Annual Calendar Big Pilot Gold bernilai RM200,000 dan IWC Mono Pusher Big Pilot Gold RM160,000 dilarikan suspek.

"Turut hilang barang kemas, telefon bimbit dan komputer riba dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM1,236,800," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, operasi khas dilaksanakan untuk mengesan kedua-dua suspek yang terlibat.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Norazlina Rais Ahmad di talian 013-628 2176 atau Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Ipoh di talian 05- 254 2222 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: