Pelakon Charlie Sheen diserang jiran guna senjata

Charlie Sheen pernah dinobatkan pelakon lelaki terbaik dalam Anugerah Golden Globe bagi Sitkom Spin City. - Gambar/ FB Charlie Sheen
Charlie Sheen pernah dinobatkan pelakon lelaki terbaik dalam Anugerah Golden Globe bagi Sitkom Spin City. - Gambar/ FB Charlie Sheen
A
A
A

PELAKON terkenal Amerika Syarikat (AS) Charlie Sheen diserang oleh seorang wanita di rumahnya sendiri di Malibu, Los Angeles.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan serangan berlaku kira-kira jam 1 tengah hari Rabu (waktu tempatan).

Susulan kejadian itu, paramedik telah dipanggil ke rumah Sheen namun dia tidak dibawa ke hospital.

Polis kemudian menahan jirannya dikenali sebagai Electra Schrock, 47, dan disiasat atas dua pertuduhan menyerang menggunakan senjata dan pecah rumah.

Motif kejadian itu bagaimanapun belum didedahkan.

Jabatan Syerif Los Angeles mengesahkan serangan tengah hari terhadap bekas bintang Two and a Half Men itu dalam satu kenyataan kepada BBC.

Sheen, 58, telah muncul dalam filem blockbuster Hollywood seperti Platun, Wall Street dan Major League.

Dia membintangi sitkom popular CBS Two and a Half Men selama lapan musim sebelum mengundurkan diri disebabkan pertengkaran dengan pencipta rancangan itu. - Agensi/ Awani

Artikel Berkaitan: