Pesona ais, dunia salji kota Harbin

Seni bina arca ais yang dipasang lampu berwarna-warni menjadikan ia kelihatan sangat cantik dalam gelap selepas matahari terbenam.
Seni bina arca ais yang dipasang lampu berwarna-warni menjadikan ia kelihatan sangat cantik dalam gelap selepas matahari terbenam.
A
A
A

HARBIN - Festival Arca Ais dan Dunia Salji Antarabangsa Sun Island Harbin kali ke-39 dimulakan awal minggu ini di Harbin, ibu kota wilayah Heilongjiang yang terletak di bahagian paling utara China.

Lebih 1,000 landskap dan arca ais termasuk pelbagai kemudahan yang menghiburkan seperti gelongsor ais menawarkan pengunjung dengan pertembungan antara seni serta alam semula jadi yang tidak dapat dilupakan.

Selepas festival berakhir, sebilangan arca bersaiz kecil akan dibiarkan cair dengan sendiri, sementara arca besar akan diruntuhkan untuk mengelak kejadian tidak diingini. - Foto: XINHUA
Selepas festival berakhir, sebilangan arca bersaiz kecil akan dibiarkan cair dengan sendiri, sementara arca besar akan diruntuhkan untuk mengelak kejadian tidak diingini. - Foto: XINHUA

Malah, lampu berwarna-warni dipasang di dalam arca ais menjadikan ia kelihatan sangat cantik dalam gelap selepas matahari terbenam.

Sejak beberapa tahun lalu, Harbin yang turut digelar sebagai bandar ais telah memanfaatkan sumber beku uniknya bagi tujuan pembangunan dan menyaksikan pertumbuhan pesat terhadap ekonomi ais serta salji.

Festival Arca Ais dan Dunia Salji Antarabangsa Sun Island Harbin adalah acara penting yang diiktiraf di seluruh dunia, malah dinanti-nantikan oleh pelancong domestik serta antarabangsa. Foto: XINHUA
Festival Arca Ais dan Dunia Salji Antarabangsa Sun Island Harbin adalah acara penting yang diiktiraf di seluruh dunia, malah dinanti-nantikan oleh pelancong domestik serta antarabangsa. Foto: XINHUA

Semasa musim sejuk, Harbin akan mendapat angin sejuk yang bertiup dari Siberia, Rusia menyebabkan ia mengalami suhu serendah negatif 19 darjah Celsius.

Seorang pengunjung wanita bergambar di hadapan arca ais gergasi. Foto: XINHUA
Seorang pengunjung wanita bergambar di hadapan arca ais gergasi. Foto: XINHUA

Artikel Berkaitan:

Difahamkan Festival Arca Ais dan Dunia Salji Antarabangsa Sun Island Harbin telah diadakan setiap tahun sejak ia bermula pada 1985 dan kini dianggap sebagai salah satu pameran struktur ais terbesar di dunia.

Festival Arca Ais dan Dunia Salji Antarabangsa Sun Island Harbin dibina di atas kawasan seluas sekitar 600,000 meter persegi. Foto: XINHUA
Festival Arca Ais dan Dunia Salji Antarabangsa Sun Island Harbin dibina di atas kawasan seluas sekitar 600,000 meter persegi. Foto: XINHUA

Festival itu juga telah berkembang menjadi perayaan budaya, dengan lagu-lagu dan tarian rakyat tradisional turut dipersembahkan.

Walaupun tiket masuk dikenakan pada harga yang tinggi, penjualan tiket tidak pernah menghampakan dan ia dikatakan banyak menyumbang kepada pendapatan tahunan Harbin.

Seorang kanak-kanak bermain luncur ais. Foto: XINHUA
Seorang kanak-kanak bermain luncur ais. Foto: XINHUA

Ia biasanya berlangsung pada pertengahan Disember hingga awal Februari tetapi tarikh yang tepat berbeza-beza bergantung kepada keadaan cuaca.

Festival Arca Ais dan Dunia Salji Antarabangsa Sun Island Harbin memasuki edisi kali ke-39 pada tahun ini. Foto: XINHUA
Festival Arca Ais dan Dunia Salji Antarabangsa Sun Island Harbin memasuki edisi kali ke-39 pada tahun ini. Foto: XINHUA



Maka, tidak hairanlah Harbin menjadi destinasi pilihan pelancong domestik dan antarabangsa untuk menyaksikan keindahan syurga ais serta salji pada musim sejuk. - Agensi