Veteran UMNO Kelantan setuju kenyataan Puad Zarkashi

UMNO sebelum ini menyangkal dakwaan mengenai parti itu yang dikatakan sebagai ‘alas kaki’ kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) malah menganggap ia hanya tuduhan untuk melemahkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Gambar kecl: Kamaruddin
UMNO sebelum ini menyangkal dakwaan mengenai parti itu yang dikatakan sebagai ‘alas kaki’ kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) malah menganggap ia hanya tuduhan untuk melemahkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Gambar kecl: Kamaruddin
A
A
A

KOTA BHARU - Pengerusi Majlis Veteran UMNO Kelantan, Datuk Kamaruddin Abdullah mempertahankan kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa parti itu bukan 'alas kaki' DAP.

Kamaruddin berkata, pendirian UMNO sangat kukuh untuk bangsa Melayu, Islam dan negara tetapi tidak meminggirkan bangsa lain di negara ini.

"Memang benar, nyata dan sah UMNO bukan 'alas kaki' DAP, parti ini tidak menjadi alat kepada mana-mana parti lain," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sinar Harian memetik kenyataan Mohd Puad bahawa UMNO menyangkal dakwaan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi bahawa parti itu sebagai ‘alas kaki’ kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Dakwaan berkenaan juga dikatakan sebagai percubaan untuk memecah-belahkan hubungan antara kedua-dua parti UMNO-DAP.

Kamaruddin memberitahu, UMNO merupakan parti terbesar, bersejarah dan paling banyak melalui pahit maung dalam negara.

"Pas juga boleh buktikan jika UMNO antara parti yang cuba bersekongkol dengan DAP untuk memecah-belahkan negara," katanya.

Beliau turut bersetuju dengan kenyataan Mohd Puad bahawa ada hikmah UMNO berada dalam Kerajaan Perpaduan yang menjadi benteng kepada orang Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu.

Artikel Berkaitan: