Wanita ditikam kekasih: Dua saksi dirakam keterangan

Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Sasikala)
Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Sasikala)
A
A
A

KLANG - Dua individu dirakam keterangan setakat ini berhubung kes seorang wanita yang maut dibunuh kekasihnya berdekatan sebuah restoran di Jalan Bayu Tinggi dekat sini, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, kedua-dua individu berkenaan merupakan saksi awam.

"Setakat ini, dua individu telah dirakam keterangan berhubung kejadian.

"Berkaitan laporan bedah siasat, mangsa dipercayai ditikam lebih daripada sekali di bahagian badan menggunakan sebilah pisau," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan mangsa berusia 26 tahun maut ditikam suspek beberapa kali di kawasan parkir kereta selepas bertemu di sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian kira-kira jam 1.20 petang.

Suspek kemudiannya memasukkan mangsa ke dalam kereta berkenaan sebelum bergerak ke rumahnya di Jalan Sungai Nibong 5, Kapar di Klang, sebelum bertindak mencederakan dirinya sendiri dengan menikam bahagian badan menggunakan pisau itu.

Siasatan polis setakat ini mendapati kejadian berpunca daripada cemburu suspek terhadap mangsa.

Artikel Berkaitan: