Tikam kekasih hingga maut kerana cemburu

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Motif cemburu dipercayai menjadi punca lelaki tikam kekasihnya hingga maut dalam kejadian berdekatan sebuah restoran di Jalan Bayu Tinggi di Klang, pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui sejak bila hubungan antara suspek dan wanita terbabit.

"Suspek dan wanita itu ialah pasangan kekasih dan motif kejadian berkaitan cemburu antara perhubungan mereka.

"Semakan pihak polis mendapati suspek berusia 44 tahun yang belum berkahwin itu tidak memiliki rekod jenayah," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar di Mess Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Rabu.

Tambah Sasikala, pihaknya telah merakam keterangan dua saksi berkaitan kes ini untuk membantu siasatan.

@sinarharianonline

Suspense, horror, piano and music box - takaya

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan mangsa berusia 26 tahun maut ditikam suspek beberapa kali di kawasan parkir kereta selepas bertemu di sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian kira-kira jam 1.20 petang.

Suspek kemudiannya memasukkan mangsa ke dalam kereta berkenaan sebelum bergerak ke rumahnya di Jalan Sungai Nibong 5, Kapar di Klang, sebelum bertindak mencederakan dirinya sendiri dengan menikam bahagian badan menggunakan pisau itu.

Artikel Berkaitan:

Dia ditahan kira-kira jam 4.20 petang dan pemeriksaan menemui manga di tempat duduk penumpang hadapan sebuah kereta telah meninggal dunia.

Suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.