Ibu tinggal anak dalam kereta sehingga maut akan didakwa esok

9 November lalu, mangsa berumur dua tahun itu maut setelah ditinggalkan ibunya lebih tujuh jam dalam kereta di kawasan perumahan Ara Damansara dekat sini.
9 November lalu, mangsa berumur dua tahun itu maut setelah ditinggalkan ibunya lebih tujuh jam dalam kereta di kawasan perumahan Ara Damansara dekat sini.
A
A
A

PETALING JAYA - Ibu kepada kanak-kanak perempuan yang maut setelah ditinggalkan lebih tujuh jam dalam kereta di kawasan perumahan Ara Damansara, 9 November lalu akan didakwa pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, wanita terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya untuk kes ini.

Mohamad Fakhrudin
Mohamad Fakhrudin

"Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 pada jam 9 pagi esok (Jumaat)," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

9 November lalu, mangsa berumur dua tahun itu maut setelah ditinggalkan ibunya lebih tujuh jam dalam kereta di kawasan perumahan Ara Damansara dekat sini.

Siasatan dijalankan mendapati kira-kira jam 7 pagi, suspek turut membawa dua anaknya bersama mangsa untuk dihantar ke sekolah berhampiran sebelum menuju ke sebuah tadika untuk menghantar mangsa.

Bagaimanapun ketika suspek tiba di tadika, dia kemudiannya berhenti sekejap untuk menyelesaikan urusan perniagaan dalam talian sehingga terlupa untuk menurunkan mangsa.

Suspek kemudiannya terus bergerak pulang ke rumahnya tanpa menyedari mangsa berada dalam kenderaan yang dipandunya itu.

Artikel Berkaitan:

Suspek hanya menyedari mangsa berada dalam kereta kira-kira jam 3.35 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri.