Polis belum terima notis Gamis

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis belum menerima sebarang notis daripada Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) untuk mengadakan Himpunan Bangkit Pertahan Jawi, Haramkan Dong Zong di ibu kota esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, pihaknya belum menerima apa-apa notis daripada penganjur himpunan itu.

"Sekiranya mereka mahu berarak dari Masjid Jamek ke Sogo, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),'' katanya.

Mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012, penganjur perlu memberi notis kepada polis kira-kira lima hari sebelum perhimpunan diadakan.

Terdahulu, Presiden Gamis, Saifullah Baiduri memaklumkan mahasiswa di seluruh negara tidak teragak-agak turun berhimpun menyatakan bantahan sekiranya pihak tertentu masih cuba menimbulkan kekeliruan terhadap isu pembelajaran jawi.

Artikel Berkaitan: