KPDN Kedah rampas 597 unit tembakau kunyah tiruan

Tembakau kunyah tiruan yang berjaya dirampas oleh KPDN Kedah pada Rabu.
Tembakau kunyah tiruan yang berjaya dirampas oleh KPDN Kedah pada Rabu.
A
A
A

KULIM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah berjaya merampas 597 unit tembakau kunyah tiruan jenama Pan Asal di sebuah premis perniagaan di Taman Makmur, Lunas dekat sini pada Rabu.

Pengarahnya, Affendi Rajini Kanth berkata, pemeriksaan pada jam 4.30 petang itu dijalankan bersama wakil pengadu iaitu Syarikat Malik Streams Corporation Sdn Bhd yang mewakili Jenama PAN MS.

Beliau berkata, tindakan uji beli telah dilaksanakan lebih awal di premis yang disyaki oleh pegawai bertugas.

"Semasa pemeriksaan dijalankan, kita menemui sebanyak 597 unit tembakau kunyah yang dianggarkan bernilai RM1,194. Kesemua barang rampasan telah disita dan disimpan di stor ekshibit KPDN Kulim untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 102 (1) (c) iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barang-barang iaitu produk tembakau kunyah jenama PAN MS yang merupakan suatu cap dagangan berdaftar, dipakaikan dengan salah di bawah Seksyen 100 Akta Cap Dagangan 2019," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: