Tindakan tegas Malaysia dapat perhatian dunia

Tangkap layar hantaran oleh media antarabangsa mengenai tindakan tegas kerajaan Malaysia menyekat syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM untuk berlabuh dimana-mana pelabuhan dalam negara.
Tangkap layar hantaran oleh media antarabangsa mengenai tindakan tegas kerajaan Malaysia menyekat syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM untuk berlabuh dimana-mana pelabuhan dalam negara.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan tegas kerajaan Malaysia menyekat syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM untuk berlabuh di mana-mana pelabuhan dalam negara mendapat perhatian dunia.

Perkara itu mula disiarkan oleh beberapa media antarabangsa antaranya Al-Arabiya English, Al-Jazeera English dan CNN International sejak petang tadi.

Menerusi ruangan komen di media sosial syarikat media berkenaan, rata-rata netizen memuji langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam usaha menentang perbuatan kejam rejim Zionis terhadap penduduk di wilayah Gaza.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera untuk memastikan larangan tersebut terus kekal dan berkuat kuasa serta-merta.

Jelasnya, ia sebagai tindak balas terhadap perbuatan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

Ujarnya, pihak kerajaan turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel dan mahu berlabuh dalam negara.

Artikel Berkaitan: