Negara lain perlu contohi ketegasan PM Malaysia - PUM

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa negara lain untuk mencontohi tindakan tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melarang syarikat perkapalan berpangkalan di Israel daripada berlabuh atau memuatkan kargo di mana-mana pelabuhan Malaysia berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agungnya, Profesor Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, tindakan atas kesedaran kemanusiaan dan pembelaan hak asasi terhadap rakyat Palestin itu penting sebagai menentang kekejaman yang dilakukan rejim Zionis.

"PUM mengalukan pendirian tegas Perdana Menteri untuk tidak membenarkan kapal yang didaftarkan dengan syarikat berpengkalan di Israel untuk berlabuh di Malaysia.

"Pendirian tegas ini amat diperlukan dalam keadaan di mana Israel terus melakukan kezaliman dan tidak mengendahkan tekanan agar mereka menghentikan serangan ke atas Gaza.

"PUM turut memandang serius kegagalan Israel untuk melakukan genjatan senjata dan menggesa agar Israel menghentikan dengan kadar segera serangan yang dilakukan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kenyataan akhbar PUM pada Rabu.
Kenyataan akhbar PUM pada Rabu.

Anwar pada Rabu memaklumkan, syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel disekat dan tidak dibenar berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia berkuat kuasa serta-merta.

Ujar beliau sekatan itu adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

Artikel Berkaitan:

Pada tahun 2002 Kabinet mula membenarkan kapal dari syarikat itu berlabuh di Malaysia manakala pada tahun 2005 pula, kebenaran mendarat turut diberikan kepada kapal tersebut.

Anwar berkata, kerajaan hari ini membatalkan semua keputusan Kabinet lalu.