Sultan Kelantan berkenan mewasalkan darjah kebesaran tertinggi kepada Agong

Al-Sultan Abdullah turut berkenan mewasalkan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati D K (Pahang) kepada Sultan Muhammad. - Foto: Instagram Istana Negara
Al-Sultan Abdullah turut berkenan mewasalkan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati D K (Pahang) kepada Sultan Muhammad. - Foto: Instagram Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mewasalkan darjah kebesaran tertinggi negeri Kelantan, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Al-Yunusi) D K (Kelantan) kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Kelantan di sini hari ini.

Menurut Instagram rasmi Istana Negara, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mewasalkan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati D K (Pahang) kepada Sultan Muhammad.

"Berangkat sama pada istiadat tersebut, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta paduka-paduka anakanda Baginda berdua,” demikian menurut catatan itu.

Istana Negara memaklumkan turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. - Bernama

Artikel Berkaitan: