Muhammad Saharuddin hilang, kali terakhir dilihat di Damansara Damai

Muhammad Saharuddin yang dilaporkan hilang pada 12 Disember lalu.
Muhammad Saharuddin yang dilaporkan hilang pada 12 Disember lalu.
A
A
A

PETALING JAYA – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga tempatan yang dilaporkan hilang sejak 12 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintenden M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, lelaki tersebut dikenali sebagai Muhammad Saharuddin Mat, 29, kali terakhir dilihat di Apartment Harmoni, Jalan PJU 10/4C, Damansara Damai, di sini.

“Lelaki itu berkulit sawo matang, fizikalnya kurus, tinggi, berambut pendek berwarna hitam dan memakai seluar panjang hitam serta baju-T biru ketika keluar dari rumah pada 11.30 pagi,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

M Hussin berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kes itu pada 13 Disember lalu.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-7966222,” katanya.

Artikel Berkaitan: