Bakal jalani pembedahan Khamis ini, Ebby Yus mohon titip doa

Ebby Yus akan menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung, Khamis ini di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
Ebby Yus akan menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung, Khamis ini di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
A
A
A

PELAKON dan pelawak Ebby Yus akan menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung yang dijadualkan pada 21 Disember ini.

Difahamkan, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 58, akan dimasukkan ke wad esok sebagai prosedur biasa sebelum menjalani pembedahan.

"Ebby Yus akan dimasukkan ke wad pada 20 Disember (Rabu) dan pembedahan dilakukan pada Khamis, 21 Disember ini di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

"Semoga segala urusan dipermudahkan," ujar pengurusnya menerusi hantaran di aplikasi WhatsApp.

Dalam pada itu, Ebby juga menerusi medium sama turut meminta dititipkan doa agar segala rawatan dipermudahkan.

"Terima kasih atas sokongan semua. Mohon doa yang baik-baik.

"Insya-ALLAH saya akan bercuti dua minggu daripada kerja seni seperti yang diminta doktor," katanya ringkas.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Ebby akan menjalani pembedahan memasang perentak memandangkan keupayaan jantungnya kini hanya tinggal 26 peratus dan injap pada bahagian penting itu bocor menyebabkan jantung bertambah lemah.

Artikel Berkaitan:

Ebby sebelum itu perlu mencari wang tambahan sebanyak RM5,000, manakala baki RM33,000 untuk bayaran alatan perentak itu sudah mendapat bantuan daripada pihak hospital.

Pelakon sitkom televisyen Simpang Tiga itu menghidap pelbagai penyakit kronik termasuk penyakit jantung dan masalah buah pinggang.

Walapun mengalami masalah kesihatan, Ebby tetap aktif berlakon namun mengutamakan sesi penggambaran di dalam studio yang memakan masa singkat seperti sitkom.