Rekahan gunung berapi di Iceland cecah 4km

Gunung berapi di barat daya Semenanjung Reykjanes, Iceland terus memuntahkan laharnya pada Selasa. Foto: The Times
Gunung berapi di barat daya Semenanjung Reykjanes, Iceland terus memuntahkan laharnya pada Selasa. Foto: The Times
A
A
A

REYKJAVIK - Gunung berapi di barat daya Semenanjung Reykjanes, Iceland terus memuntahkan laharnya pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Semua jalan menuju Grindavik ditutup dan pihak polis menyeru orang ramai supaya menjauhi kawasan itu serta memberi amaran gas yang terhasil boleh menjadi toksik.

Bagaimanapun, trafik udara di Iceland tidak terjejas.

Letusan bermula pada petang Isnin di utara bandar Grindavik dan sebelum ini seramai 4,000 penduduk telah dipindahkan pada November sebagai langkah awal.

Menurut ahli vulkanologi Armann Hoskuldsson, rekahan di gunung berapi sudah mencecah hingga empat kilometer menjelang awal pagi.

@sinarharianonline

Gunung berapi di barat daya Semenanjung Reykjanes, Iceland terus memuntahkan laharnya pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Semua jalan menuju Grindavik ditutup dan pihak polis menyeru orang ramai supaya menjauhi kawasan itu serta memberi amaran gas yang terhasil boleh menjadi toksik. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #GunungBerapi

original sound - Sinar Harian

Rekahan itu jauh lebih panjang berbanding letusan di Semenanjung Reykjanes sejak tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Aliran lahar juga jauh lebih besar iaitu sekitar 100 hingga 200 meter padu sesaat.

Artikel Berkaitan:

Hoskuldsson menganggarkan letusan akan berlangsung selama tujuh hingga 10 hari.

Letusan itu juga telah menyebabkan penutupan sementara Blue Lagoon iaitu antara pusat tarikan pelancong paling terkenal di Iceland. - Bernama