Lelaki ceroboh landasan kereta api didenda RM300

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki menceroboh kawasan landasan kereta api tanpa kebenaran, mengundang padah apabila dia didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa.

Benard Chua, 20, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Illi Marisqa Khalizan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tujuh hari sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menceroboh kawasan larangan di Landasan Keretapi Transit Aliran Ringan (LRT) Pudu di sini, pada jam 6.47 petang, Isnin.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau denda RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh, merayu anak guamnya dikenakan denda minimum.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Zuhairi Osman mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal, berbentuk pengajaran.

Artikel Berkaitan: