Lelaki warga asing maut dilanggar kereta api

Seorang lelaki dipercayai warga asing maut selepas dilanggar kereta api di kawasan berdekatan Taman Sri Kijang, Machang Bubok, di sini pada malam Isnin. - Gambar hiasan
Seorang lelaki dipercayai warga asing maut selepas dilanggar kereta api di kawasan berdekatan Taman Sri Kijang, Machang Bubok, di sini pada malam Isnin. - Gambar hiasan
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki dipercayai warga asing maut selepas dilanggar kereta api di kawasan berdekatan Taman Sri Kijang, Machang Bubok, di sini pada malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, polis di Balai Polis Machang Bubok menerima maklumat berhubung kematian seorang lelaki di landasan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada jam 8.30 malam.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, mangsa merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.

"Mangsa cedera parah disyaki dilanggar kereta api yang berada di laluan landasan KTMB dari arah Bukit Mertajam menghala ke Simpang Ampat dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayatnya dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Kata Cheng San, siasatan awal mendapati mangsa tiada kesan suntikan 'bacillus calmette-gurin' (BCG) dan sebarang dokumen pengenalan miliknya ditemui di tempat kejadian.

"Tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Orang awam yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di talian 04-5382222 bagi membantu pengecaman mayat.

"Orang ramai dinasihatkan tidak menceroboh kawasan yang dipagar atau melintasi landasan KTMB kerana ia boleh membahayakan nyawa serta merosakkan harta benda," katanya.

Artikel Berkaitan: