ACSDC 2023 terima penyertaan tujuh negara Asia

Barisan pemenang pertandingan reka bentuk kereta Asian Compact Sedan Design Challenge 2023 (ACSDC 2023)
Barisan pemenang pertandingan reka bentuk kereta Asian Compact Sedan Design Challenge 2023 (ACSDC 2023)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertandingan reka bentuk kereta Asian Compact Sedan Design Challenge 2023 (ACSDC 2023) yang julung kali diadakan di Malaysia menerima 93 penyertaan dari tujuh negara Asia.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Ahmad Suhaimi Hashim berkata, pertandingan anjuran Perodua serta Majlis Reka Bentuk Malaysia (MRM) itu terbuka kepada dua kategori iaitu pereka profesional dan pelajar rekaan.

Ahmad Suhaimi
Ahmad Suhaimi

“Jumlah penyertaan dari negara-negara lain di dalam Asia adalah menggalakkan kerana pendedahan terhadap jenama Perodua dan MRM di luar Malaysia terhad.

"Pertandingan reka bentuk ini sebahagian daripada proses pembangunan produk kerana kami mempertimbangkan idea keluaran untuk disepadukan dalam perubahan model," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah kepada peserta ACSDC 2023 di Hotel Hilton Kuala Lumpur pada Selasa.

Hadir sama, Pengarah Kanan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Faizal Mohd Yusof, barisan juri profesional dan peserta-peserta ACSDC 2023.

Pertandingan tersebut melibatkan penyertaan dari Indonesia, Jepun, Filipina, Singapura, Iran, Jepun, India dan Malaysia.

Ahmad Suhaimi
Ahmad Suhaimi

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ketua Pengarah MRM, Husaini Ismail berkata, ia juga akan memberi pendedahan kepada peserta terhadap falsafah reka bentuk yang berbeza dari negara lain.

"Pertandingan ini bukan sahaja menggalakkan pereka untuk menguji bakat mereka tetapi juga mendedahkan mereka kepada falsafah reka bentuk yang berbeza dari negara lain di dunia.

"Ia juga merupakan satu langkah yang baik untuk mendapatkan data asli melalui perspektif berbeza daripada juri dan pereka di seluruh Asia dalam mencipta konsep idea reka bentuk yang boleh diketengahkan untuk masa hadapan," ujarnya.

Peserta dari Malaysia, Kenny Chan merangkul tempat pertama bagi kategori profesional dengan membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sijil penyertaan.
Peserta dari Malaysia, Kenny Chan merangkul tempat pertama bagi kategori profesional dengan membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sijil penyertaan.

Sementara itu, peserta dari Malaysia, Kenny Chan merangkul tempat pertama bagi kategori profesional dengan membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sijil penyertaan.

Beliau berkata, kereta rekaannya bukan hanya fokus kepada elemen budaya dalam Malaysia sahaja tetapi turut dimasukkan elemen budaya dari negara Asia lain.

"Penggunaan corak geometri, ala-ala songket juga saya masukkan dalam rekaan ini dan secara keseluruhan ia membawa konsep 'Payung'.

"Pertandingan seperti ini perlu dilakukan lagi pada masa akan datang supaya dapat menyerlahkan bakat dan idea para peserta dari negara berbeza," ujar Kenny Chan.

Peserta dari Universiti Asia Pasifik (APU), Bryan Teh Yea Quan yang dinobatkan sebagai pemenang utama bagi kategori pelajar rekaan dengan membawa pulang wang tunai RM18,000 dan sijil penyertaan.
Peserta dari Universiti Asia Pasifik (APU), Bryan Teh Yea Quan yang dinobatkan sebagai pemenang utama bagi kategori pelajar rekaan dengan membawa pulang wang tunai RM18,000 dan sijil penyertaan.

Peserta dari Universiti Asia Pasifik (APU), Bryan Teh Yea Quan pula dinobatkan sebagai pemenang utama bagi kategori pelajar rekaan dengan membawa pulang wang tunai RM18,000 dan sijil penyertaan.

"Rekaan 'sporty' kini menjadi perhatian ramai terutamanya bagi mereka yang menggunakan kereta secara harian dan saya menggunakan konsep kereta elektrik (EV) dalam rekaan ini.

"Pertandingan ini sangat bagus untuk menonjolkan bakat tempatan terutamanya di Malaysia kerana kebanyakan rekaan sering dipandang rendah," katanya.