Sediakan payung sebelum hujan agar tak menyesal kemudian hari

Disebabkan Malaysia kerap terdedah dengan pelbagai bencana alam, jadi eloklah ambil langkah berjaga-jaga kerana kejadian seperti banjir yang sering berlaku tidak boleh dikawal.
Disebabkan Malaysia kerap terdedah dengan pelbagai bencana alam, jadi eloklah ambil langkah berjaga-jaga kerana kejadian seperti banjir yang sering berlaku tidak boleh dikawal.
A
A
A

MERAK Jalanan simpati terhadap sepasang suami isteri apabila kereta baharu jenis Proton X50 yang dibeli ditenggelami air susulan kejadian banjir kilat di Puchong pada Sabtu.

Lebih menyedihkan ialah kereta yang baru dibeli itu tidak sampai satu jam keluar dari kedai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik pengguna Facebook, Azhazul Azri, adiknya yang merupakan jurujual sempat bergambar dengan pemilik kenderaan terbabit pada jam 5 petang, namun kejadian malang berlaku sejam kemudiannya.

Jadi Merak Jalanan hendak menggalakkan orang ramai supaya mengambil perlindungan tambahan bencana alam atau dalam istilah insuransnya, special perils cover atau perlindungan peril khas.

Jika kereta anda rosak akibat bencana alam seperti ditenggelami banjir atau ditimpa pokok akibat ribut, anda tidak boleh menuntut ganti rugi daripada syarikat insurans anda, melainkan anda mempunyai perlindungan peril khas.

Perlindungan peril khas ialah perlindungan tambahan untuk kerosakan kenderaan akibat bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh, tanah mendap, pokok tumbang, bergantung kepada insurans yang anda pilih.

Perlindungan ini dapat membantu anda mendapatkan pampasan atas kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh bencana alam seperti yang disenaraikan dalam polisi insurans kereta.

Disebabkan Malaysia kerap terdedah dengan pelbagai bencana alam, jadi eloklah anda mengambil langkah berjaga-jaga kerana kejadian seperti banjir yang sering berlaku tidak boleh dikawal.

Artikel Berkaitan:

Walaupun terpaksa membayar kos tambahan untuk mendapatkan perlindungan khas ini tetapi sekurang-kurangnya ia dapat melegakan hati dan perasaan jika berlaku sebarang kemalangan. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

Apatah lagi bagi mereka yang mungkin sudah lama menabung untuk memiliki sebuah kereta baharu tetapi berakhir seperti pasangan tersebut yang terpaksa menghantar kenderaan ke bengkel untuk dibaiki.