Polis siasat Papagomo berhubung hantaran video aibkan PM

Papagomo. Bernama FILE PIX. Gambar kecil: Rusdi
Papagomo. Bernama FILE PIX. Gambar kecil: Rusdi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menyiasat Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo berhubung hantaran video mengaibkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan / Perundangan) (JSJ) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/ Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman.

"Kita sedang menjalankan siasatan terhadap Papagomo berhubung hantaran video 'live' berdurasi 1 jam 32 minit dan 50 saat yang mengaibkan Perdana Menteri, video itu turut dimuat naik di YouTube, pada Sabtu lalu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Rusdi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

"Kes masih di peringkat siasatan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau komentar yang boleh mengganggu proses siasatan.

"PDRM mengingatkan orang ramai bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap pihak yang menggunakan platform media sosial untuk mengulas atau memanipulasi isu-isu sehingga menyentuh isu ketenteraman awam, prinsip moral, serta fitnah" katanya.

Artikel Berkaitan: