PD lokasi panas kes seleweng diesel di NS

Antara kegiatan penyelewengan diesel yang dikesan KPDN Negeri Sembilan
Antara kegiatan penyelewengan diesel yang dikesan KPDN Negeri Sembilan
A
A
A

SEREMBAN - Port Dickson (PD) menjadi lokasi panas kes penyelewengan diesel bersubsidi apabila merekodkan 34 kes berbanding 72 kes di seluruh Negeri Sembilan sepanjang tahun ini.

Ia diikuti Seremban 32 kes, Rembau (3), Tampin (2) dan Jempol (1).

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup(KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, lokasi Port Dickson yang berada di persisiran pantai selain Negeri Sembilan yang berada di jajaran Pantai Barat kemungkinan menjadi faktor sindiket menjadikan daerah berkenaan sebagai lokasi operasi.

"PD jadi lokasi 'hospot' mungkin disebabkan kedudukan strategiknya yang berada di persisiran pantai selain terdapat kawasan yang boleh dikategorikan sebagai tersorok.

"Kalau kita tengok secara umum kesemua kes, kegiatan ini dilakukan di kawasan ladang dan industri yang tersorok di bahagian dalam," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menurutnya, sindiket sanggup menyewa lot tanah kosong untuk melakukan kegiatan ini bagi memudahkan aktiviti memindahkan diesel dari lori ke lori dilakukan.

Bagaimanapun katanya, ada yang bertindak lebih berani apabila menjadikan tepi jalan dan kawasan perumahan sebagai lokasi transit pemindahan diesel.

"Mereka tahu akan jadi perhatian pihak berkuasa, jadi buat pemindahan diesel ini di mana-mana lokasi yang dirasakan bersesuaian asalkan boleh memperoleh keuntungan berganda.

Artikel Berkaitan:

"Saya boleh katakan tahun ini berlaku peningkatan kes apabila kita menguatkuasakan Op Tiris bagi membanteras kegiatan ini daripada terus berleluasa," katanya.