RM35.8 juta hadapi MTL tahun ini - Nancy

Nancy (kanan) mendengar taklimat pada sesi lawatan di depoh simpanan keperluan bencana di Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
Nancy (kanan) mendengar taklimat pada sesi lawatan di depoh simpanan keperluan bencana di Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
A
A
A
KOTA BHARU - Sebanyak RM35.8 juta diperuntukkan oleh kerajaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menghadapi bencana Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia melibatkan peruntukan Persekutuan sebanyak RM13.7 juta dan negeri, RM22.1 juta.

"RM3 juta turut diperuntukkan kepada JKM untuk pembelian makanan teknologi retort bagi kegunaan mangsa banjir dalam tempoh 24 jam pertama pembukaan PPS (pusat pemindahan sementara).

Nancy (dua dari kanan) tiba di depoh simpanan keperluan bencana di Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
Nancy (dua dari kanan) tiba di depoh simpanan keperluan bencana di Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

"Sehingga kini, JKM mempunyai lapan buah depoh, 137 stor negeri dan daerah, 60 mini depoh kontena serta 580 pangkalan hadapan yang menempatkan keperluan asas mangsa bencana," katanya semasa sidang akhbar pada Isnin.

Beliau sebelum itu melakukan lawatan ke depoh simpanan keperluan bencana di Taman Kemumin, Pengkalan Chepa di sini.

Hadir sama ialah, Timbalan Menteri, Datuk Seri Noraini Ahmad dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup.

Nancy (tengah) menandatangani kehadiran semasa sesi lawatan ke Kelantan.
Nancy (tengah) menandatangani kehadiran semasa sesi lawatan ke Kelantan.

Nancy memberitahu, JKM juga telah mengenal pasti dan menyediakan sebanyak 8,481 PPS di seluruh Malaysia yang mampu menampung sebanyak 2.15 juta penduduk pada satu-satu masa.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 5,063 PPS merupakan premis sekolah manakala baki adalah terdiri daripada balai raya, masjid dan sebagainya.

"Bagi melancarkan pengoperasian di PPS, seramai 8,543 sukarelawan JKM digerakkan dan sebanyak 47,635 khemah (collpasible tent) telah disediakan untuk memberikan keselesaan kepada mangsa bencana.

"Selain itu, sebanyak 5,167 pegawai dan kakitangan sedia digerakkan pada bila-bila masa dengan dibantu seramai 157 kaunselor dan 864 pasukan sokongan psikologi (PST),"katanya.