Bank Rakyat kembali penuhi impian pelanggan

Bank Rakyat kini kembali menawarkan peluang baharu kepada 10 pelanggan bertuah untuk merealisasikan hasrat mereka menerusi program Bank Rakyat Penuhi Impian 2024.
Bank Rakyat kini kembali menawarkan peluang baharu kepada 10 pelanggan bertuah untuk merealisasikan hasrat mereka menerusi program Bank Rakyat Penuhi Impian 2024.
A
A
A

BANK Rakyat kembali menawarkan peluang baharu kepada 10 pelanggan bertuah untuk merealisasikan hasrat mereka menerusi program Bank Rakyat Penuhi Impian 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr Mohammad Hanis Osman berkata, berikutan sambutan yang menggalakkan pada tahun 2022, Bank Rakyat meneruskan penganjuran kali kedua program itu yang bermula 15 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024.

Mohammad Hanis
Mohammad Hanis

“Program ini melambangkan komitmen Bank Rakyat dalam menghargai keyakinan dan kesetiaan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan Bank Rakyat selama ini,” ujar Mohammad Hanis dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, program itu diperkenalkan semula dengan objektif bagi mencetuskan semangat masyarakat agar terus berusaha menjadikan impian dan harapan sebagai satu realiti terutama dalam menempuh tahun baharu yang bakal tiba dengan menawarkan peluang keemasan kepada semua pelanggan Bank Rakyat menerusi program ini.

Beliau berkata, inisiatif itu juga bertujuan untuk memberi anjakan kepada kesejahteraan masyarakat adalah amat bertepatan dengan konsep Malaysia Madani dari aspek keseimbangan dan kemajuan ekonomi.

“Program kali ini membuka peluang lebih besar kepada pelanggan yang melanggan pembiayaan Bank Rakyat termasuk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Pajak Gadai-i, Kad Kredit-i, Pembiayaan Mikro-i, Akaun Semasa-i, Akaun Simpanan-i, Akaun Pelaburan-i dan Takaful.

“Kempen sebelum ini telah merealisasikan impian pelanggan termasuk mendapatkan rawatan pembedahan mata, menerima rawatan IVF, membawa ibu bapa menunaikan umrah, kemudahan sesi pembelajaran di sekolah serta mengembangkan perniagaan mereka,” kata Mohammad Hanis.

Artikel Berkaitan:

Pelanggan yang berminat boleh menghantar penyertaan dengan memuat naik impian yang ingin mereka kecapi ke media sosial dengan meletakkan tanda pagar #BankRakyatPenuhiImpian2024 di bahagian kapsyen sepanjang tempoh program tersebut berlangsung.

Selain itu, pelanggan juga boleh kongsikan impian mereka ke alamat e-mel marketingdepartment@bankrakyat.com.my atau menerusi penghantaran borang di cawangan Bank Rakyat yang berhampiran.