Aksi cemerlang Bayern - Kane

Kane menyumbat dua gol ketika membantu Bayern menewaskan Stuttgart 3-0 di Munich pada Isnin. Foto AFP
Kane menyumbat dua gol ketika membantu Bayern menewaskan Stuttgart 3-0 di Munich pada Isnin. Foto AFP
A
A
A

PEMAIN sensasi, Harry Kane meluahkan rasa gembira setelah membantu Bayern Munich membenam antara pencabar terkuat Bundesliga, Stuttgart 3-0 awal pagi Isnin.

Malah pemain berusia 30 tahun itu menyifatkan perlawanan tersebut sebagai aksi terbaik Bayern pada musim ini.

“Ia mungkin perlawanan terbaik kami tahun ini berdepan pasukan yang amat kuat.

“Mereka di belakang kami dalam saingan liga, ia perlawanan penting sebelum rehat musim,” ujar Kane.

Dalam aksi itu Kane meledak dua gol dan satu lagi jaringan menerusi Kim Min-jae.

Kane kini mengumpul 20 gol dalam 14 aksi liga sejak menyertai Bayern dari Tottenham Hotspur pada musim panas lalu.

“Pasukan lawan mempunyai beberapa peluang, kami mencipta lebih banyak peluang dan mampu menjaringkan beberapa gol lagi,” ujar Kane.

Dalam aksi itu, Bayern turun tanpa kelibat beberapa pemain utama termasuk Leon Goretzka, Joshua Kimmich, Serge Gnabry, Kingsley Coman dan Noussair Mazraoui.

Artikel Berkaitan:

Juara bertahan Bundesliga itu kembali merapatkan jurang kepada empat mata di belakang pendahulu, Bayer Leverkusen selepas menewaskan Stuttgart yang berada di tangga keempat.

Bayern akan menentang Wolfsburg pada Rabu untuk aksi terakhir sebelum cuti musim sejuk selama dua minggu.