Fahami maksud sebenar zakat pendapatan dan wang simpanan

SELAIN zakat fitrah, umat Islam diwajibkan membayat zakat harta seperti pendapatan, wang simpanan dan emas.
SELAIN zakat fitrah, umat Islam diwajibkan membayat zakat harta seperti pendapatan, wang simpanan dan emas.
A
A
A

TIBA hujung tahun, mulalah kedengaran orang bercakap tentang zakat.

Maklum sahajalah, segala harta yang dimiliki sudah cukup tempohnya untuk kita keluarkan ‘sedekah wajib’ itu kepada pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing.

Bagaimanapun, kemusykilan tentang perihal zakat pasti akan dibangkitkan. Barangkali kerana kita menunaikan zakat tersebut setahun sekali.

Itu mungkin antara penyebab persoalan-persoalan berkaitan hal itu sering diutarakan.

Lebih-lebih lagi tentang soal pembayaran zakat dua kali memandangkan dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada gandaan dalam zakat.” (Hadis Riwayat Ibn Abi Syaibah)

BAGI wang simpanan hasil daripada lebihan pendapatan bulanan yang sudah pun dileluarkan zakat pendapatan, maka syarak mengkehendaki agar ia dikecualikan daripada kiraan zakat simpanan pada tahun berkenaan.
BAGI wang simpanan hasil daripada lebihan pendapatan bulanan yang sudah pun dileluarkan zakat pendapatan, maka syarak mengkehendaki agar ia dikecualikan daripada kiraan zakat simpanan pada tahun berkenaan.

Adakalanya, terdapat sebilangan orang yang sudah membayar zakat pendapatannya secara bulanan dan pada masa sama, dia turut menyimpan lebihan wangnya di dalam bank.

Artikel Berkaitan:

Mengulas tentang perkara itu, seorang pengguna platform X yang juga amil zakat, Faisal Rahim menjelaskan, wang simpanan hasil daripada lebihan pendapatan bulanan yang sudah pun dileluarkan zakatnya (zakat pendapatan), maka syarak mengkehendaki agar ia dikecualikan daripada kiraan zakat simpanan pada tahun berkenaan.

“Maksudnya, buat tolakan atas semua simpanan pada tahun semasa yang telah dizakatkan agar tidak berlaku zakat dua kali,” katanya menerusi hantaran dalam akaun media sosial miliknya.

Bagi memudahkan warga siber untuk memahami perbezaan zakat pendapatan dan simpanan, beliau kemudian membuat coretan panjang tentangnya.

Jelas beliau, zakat wang simpanan sebenarnya dikenakan ke atas semua jenis simpanan kita.

Ia termasuklah simpanan akaun biasa (wadiah), akaun mudharabah, akaun emas, simpanan di luar negara, simpanan dalam bentuk takaful (cash value tahunan), simpanan dalam ‘tabung ayam’, bawah bantal dan apa jua simpanan, ungkapnya.

Semua wang simpanan ini perlu digabungkan dengan:

i. Wang pelaburan; dan

ii. Emas perhiasan melebihi uruf 800 gram (yang ditukarkan dalam harga semasa); dan

iii. Emas bukan perhiasan (walaupun tidak mencapai nisab 85 gram) yang ditukarkan ke dalam harga semasa (RM).

EMAS perhiasan yang melebihi uruf 800 gram dikenakan zakat.
EMAS perhiasan yang melebihi uruf 800 gram dikenakan zakat.

“Semua harta berkenaan perlu dizakatkan jika cukup haul dan nisab (harga 85 gram emas RM23,035).

“Jika ada wang simpanan daripada lebihan pendapatan bulanan yang sudah pun dikeluarkan zakat, sila buat tolakan sebagaimana dinyatakan tadi,” katanya.

Ujar Faisal lagi, zakat wang simpanan tiada tolakan had al-kifayah (diri, isteri, anak dan lain-lain) dikenakan ke atasnya.

“Ia dikenakan pada saat haul tiba iaitu biasanya pada penghujung tahun atau Ramadan (kita pilih) dengan melihat kepada jumlah baki wang simpanan kita.

“Bahkan, ia mesti digabungkan dengan pelaburan dan emas sebagaimana yang diterangkan sebelum ini,” katanya.

Mengulas tentang zakat pendapatan pula, Faisal menjelaskan, ia dikenakan ke atas semua jenis gaji yang diperoleh dalam satu tahun berkenaan.

Katanya, terdapat empat jenis harta pendapatan yang perlu digabungkan iaitu:

JANGAN culas untuk menunaikan zakat pada tahun semasa.
JANGAN culas untuk menunaikan zakat pada tahun semasa.

i. Penggajian (gaji bulanan + elaun + bonus);

ii. Hasil bebas atau freelance;

iii. Hasil al-mustaghalat (sewa rumah, kereta dan janaan daripada aset kita);

iv. Hasil pemberian (pusaka, takaful, menang hadiah dan sebagainya)

“Semua harta itu secara asasnya wajib dizakatkan tanpa adanya haul (tidak perlu tunggu setahun dimiliki).

“Bahkan, semua harta tersebut juga perlu membuat tolakan had al-kifayah iaitu tolakan diri, isteri anak-anak dan lain-lain dalam tahun semasa sebelum dizakatkan,” katanya.