Mat Sabu gesa rakyat pertahan keharmonian negara

MOHAMAD
MOHAMAD
A
A
A

SHAH ALAM - Menjelang tahun baharu 2020 esok, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu gesa semua rakyat Malaysia agar terus mempertahankan keharmonian negara.

Beliau berkata, kerukunan yang terbina sejak negara mencapai kemerdekaan perlu dipertahankan daripada dirosakkan pihak berfahaman sempit yang menggunakan isu perkauman dan agama demi kepentingan politik.

“Kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama sudah lama hidup dalam suasana hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun terdapat perbezaan warna kulit dan kepercayaan.

“Seharusnya persaingan antara rakyat yang berbilang kaum dan agama ialah dalam membuat kebaikan dan saling mengangkat kehidupan masyarakat ke tahap yang lebih baik,” katanya dalam perutusan sempena tahun baharu 2020 hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, ahli-ahli Amanah di semua peringkat banyak mempelajari perkara baru selepas hampir dua tahun di dalam kerajaan.

“Justeru, saya menasihatkan ahli-ahli Amanah agar terus menjadikan integriti sebagai panduan dalam setiap urusan.

“Jadikanlah 2020 sebagai tahun untuk kita terus bekerja keras bagi memastikan kehidupan semua rakyat Malaysia akan menjadi lebih baik,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya mengalu-alukan segala kritikan membina yang diberikan agar kerajaan dapat memperbaiki segala kelemahan.

Artikel Berkaitan: