Pelajar maut dilanggar: DSP Mohd Nazri dituduh bunuh Zaharif

Mohd Nazri yang terbabit dalam kes kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima, Jumaat lalu didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas tuduhan membunuh. - Foto Bernama
Mohd Nazri yang terbabit dalam kes kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima, Jumaat lalu didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas tuduhan membunuh. - Foto Bernama
A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Pegawai kanan polis yang terbabit dalam kes kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima, Jumaat lalu didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas tuduhan membunuh.

Pertuduhan ke atas Mohd Nazri Abdul Razak, 44, berpangkat Deputi Superintendan (DSP) dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau dipenjara 30 tahun hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Pegawai Turus Cawangan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Kedah itu didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17.

Mohd Nazri yang terbabit dalam kes kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima, Jumaat lalu didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas tuduhan membunuh. - Foto Bernama
Mohd Nazri yang terbabit dalam kes kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima, Jumaat lalu didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas tuduhan membunuh. - Foto Bernama

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh antara jam 12.05 hingga 12.40 tengah hari pada 15 Disember 2023.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi, Khairul Azreem Mamat, Wan Azimah Yaacob, Afzainizam Abdul Aziz, Saiful Akmal Moh Said, Nasrul Hadi Abdul Ghani, JS Geetha dan Low Qin Hui.

Artikel Berkaitan:

Tertuduh diwakili Peguam Loi Yap Loong.

Dalam prosiding berlangsung selama lima minit itu, tiada ikat jamin ditawarkan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 7 Februari 2024 bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan berkaitan termasuk laporan kimia.

Sementara itu, tertuduh tiba di mahkamah sekitar jam 9 pagi dengan berpakaian baju T putih, kepala bertutup kain hitam dan keadaan tangan bergari serta dikawal ketat polis.

Kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu melibatkan kereta jenis Perodua Ativa dipandu pegawai terbabit dengan motosikal jenis Yamaha ditunggangi mangsa.

Pegawai kanan polis yang terbabit dalam kes kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima, Jumaat lalu didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas tuduhan membunuh.
Pegawai kanan polis yang terbabit dalam kes kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima, Jumaat lalu didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas tuduhan membunuh.

Sinar Harian melaporkan, dalam kejadian itu, Muhammad Zaharif Affendi yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SMK Jati maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta.

Difahamkan sebelum kejadian, berlaku keadaan tidak puas hati membabitkan pemandu kereta berkenaan dengan mangsa kerana membuat bising motosikal.

Keadaan itu mengakibatkan, pemandu tersebut mengejar mangsa sejauh hampir 1 kilometer dan melanggarnya dari arah belakang mengakibatkan mangsa jatuh dan terseret hampir 5 meter.

Laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan di bahagian dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya.

Jenazah mangsa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Luar pada hari sama kejadian sekitar jam 11 malam.

@sinarharianonline Sebanyak lima buah kereta milik PDRM digunakan untuk membawa keluar pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, setelah tamat prosiding pertuduhan melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin. #fyp#beritaditiktok#KesLanggar#PegawaiKananPolis#ZaharifAffendi original sound - Sinar Harian