Nak 'shopping' pun kena berjaga-jaga di musim tengkujuh

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

APABILA cuti hujung minggu, Merak Jalanan biasanya menghabiskan masa melakukan aktiviti di luar rumah seperti berkelah di tepi sungai, tepi laut atau berjalan-jalan di taman tasik.

Tapi disebabkan musim hujan sekarang, Merak Jalanan ubah selera dengan berjalan-jalan di pusat beli-belah pula. Pada fikiran Merak Jalanan, kalau hujan, taklah basah.

Sabtu lalu, kecoh apabila sebuah pusat beli-belah di Puchong dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan. Bukan sahaja air melimpah di tempat letak kereta, malah masuk ke dalam bangunan.

Kawasan IOI Mall Puchong ditenggelami banjir. - Foto media sosial
Kawasan IOI Mall Puchong ditenggelami banjir. - Foto media sosial

Sebenarnya, beberapa minit sebelum kejadian itu, Merak Jalanan kebetulan berada di dalam pusat beli-belah tersebut. Cuma nasib Merak Jalanan baik sebab balik dua jam sebelum banjir melanda. Walaupun pada awalnya terlintas nak menonton wayang, tapi disebabkan rasa letih, Merak Jalanan tak ada mood, terus balik rumah.

Beberapa jam semasa di rumah, Merak Jalanan terkejut mendapat tahu pusat beli-belah itu dilanda banjir kilat menerusi media sosial. Beberapa kereta pengunjung rosak ditenggelami air.

Merak Jalanan tak dapat bayangkan, andai kata Merak Jalanan masih di pusat beli-belah itu, mungkin kereta Merak Jalanan yang diletakkan di basement 2 turut tenggelam.

Walaupun begitu, Merak Jalanan simpati nasib peniaga dan pengunjung yang terkesan dengan kejadian itu. Tentu kelam-kabut peniaga-peniaga di dalam pusat beli-belah itu cuba menyelamatkan barang jualan masing-masing. Mesti ada pengunjung yang sedih melihat keretanya rosak ditenggelami air.

Artikel Berkaitan:

Terfikir juga, ingatkan musim hujan ini tak selamat kalau beriadah di luar, rupa-rupanya di dalam shopping mall pun kena berjaga-jaga juga.

Apa pun, bencana alam ini adalah kuasa Tuhan, tidak ada siapa yang dapat menghalangnya. Jadi, kita tak perlulah nak tuding jari salahkan sesiapa apabila ia berlaku.