DAP akan bincang gelaran Datuk diterima Suee Lim

Anthony Loke, Ng Suee Lim
Anthony Loke, Ng Suee Lim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan membincangkan tentang penerimaan anugerah gelaran darjah kebesaran Selangor yang diterima oleh Exco Kerajaan Tempatan Dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengesahkan Ahlli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan itu ada berbincang dengannya mengenai perkara itu.

“Saya juga telah meminta beliau membawa perkara itu kepada pengetahuan Jawatankuasa DAP Selangor, kita juga akan bincangkan dalam jawatankuasa pusat dalam mesyuarat CEC akan datang,” katanya pada sidang akhbar pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Wilayah Persekutuan 2023 di sini pada Ahad.

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran-Darjah Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada ADUN Sekinchan Itu.

Suee Lim merupakan antara 97 yang menerima darjah dan bintang kebesaran serta pingat negeri yang didahului oleh penerima darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) iaitu Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Sebelum ini Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pernah mengeluarkan teguran keras kepada dua wakil rakyat DAP dari Sabah iaitu Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin dan ADUN Luyang, Datuk Phoong Jin Zhe.

Artikel Berkaitan: