Penganggur ditahan kerana edar pil kuda

Dadah-dadah yang dirampas daripada suspek.
Dadah-dadah yang dirampas daripada suspek.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang penganggur ditahan kerana dipercayai mengedar 60 gram (g) pil kuda di kawasan kawasan hutan Kampung Gajah Mati di sini, pada Jumaat.

Suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Cherang Ruku pada jam 6.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden Ediansha Endal berkata, polis sebelum itu melihat suspek berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan kawasan hutan tersebut dan menahannya untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan pada tubuh badan suspek menemui tiga peket plastik berisi pil-pil disyaki dadah jenis pil kuda seberat 60g.

“Kesemua rampasan dianggarkan bernilai lebih kurang RM6,000,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, pada Sabtu.

Menurut beliau, soal siasat terhadap suspek dijalankan dan urin dilakukan terhadapnya.

“Hasil ujian saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Reman terhadap suspek dimohon selama tujuh hari mulai hari ini (Sabtu) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.