'Sepatutnya Nor Faizah dan anak-anak balik hari ini'

Nor Faizah bersama dua anak yang terkorban dalam kejadian terbabit.
Nor Faizah bersama dua anak yang terkorban dalam kejadian terbabit.
A
A
A

LIPIS - "Sepatutnya isteri balik kampung bersama anak-anak hari ini (Jumaat) selepas anak pulang dari sekolah sempena musim cuti persekolahan,"

Demikian kata Koperal Mohd Azman Mat Yaacob, 36, selepas isterinya, Nor Faizah Ridzuan, 34, maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 17 Jalan Lipis-Benta di sini awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian itu, dua anak mereka, Muhammad Hariz Adrian Mohd Azman,10 dan Muhammad Hafiy Azman, 3, turut maut dalam kemalangan terbabit.

Mohd Azman yang bertugas di Petaling Jaya berkata, setiap kali musim cuti persekolahan mereka akan pulang ke Kampung Pintu Gerbang dekat Bachok, Kelantan.

Mohd Azman memangku jenazah anaknya, Muhammad Hafiy sebelum dibawa ke dalam kereta jenazah untuk dibawa pulang ke Kampung Pintu Gerbang,Bachok, Kelantan.
Mohd Azman memangku jenazah anaknya, Muhammad Hafiy sebelum dibawa ke dalam kereta jenazah untuk dibawa pulang ke Kampung Pintu Gerbang,Bachok, Kelantan.

"Arwah isteri bergerak pulang kira-kira jam 12 tengah malam tadi dan ini kali pertama dia memandu jauh, biasanya saya yang akan memandu kalau balik kampung.

"Sepatutnya hujung bulan ini saya balik kampung nak bawa balik isteri dan anak-anak pulang Petaling Jaya," jelasnya.

Dia mengakui mula rasa tidak sedap hati selepas melihat pemberitahuan langsung di WhatsApp terhenti lama.

Artikel Berkaitan:

"Kira-kira jam 4 pagi, saya terima panggilan mengenai kejadian yang menimpa isteri dan anak-anak.

Jenazah Nor Faizah yang dibawa masuk ke dalam kereta jenazah sebelum dibawa pulang ke Kampung Pintu Gerbang,Bachok,Kelantan untuk dikebumikan.
Jenazah Nor Faizah yang dibawa masuk ke dalam kereta jenazah sebelum dibawa pulang ke Kampung Pintu Gerbang,Bachok,Kelantan untuk dikebumikan.

"Walaupun sedih dengan kehilangan sekelip mata yang menimpa, saya reda dengan ketentuanNya," katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Kuala Lipis di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mohd Azman berkata, jenazah isteri dan kedua-dua anaknya akan dikebumikan di Kampung Pintu Gerbang di Bachok.

Sementara itu, adik Nor Faizah, Mohd Fitri Ridzuan, 27, menyifatkan pemergian kakak sulungnya itu amat dirasai mereka sekeluarga.

Suasana pilu menyelubungi di pekarangan Unit Forensik Hospital Kuala Lipis pada Jumaat
Suasana pilu menyelubungi di pekarangan Unit Forensik Hospital Kuala Lipis pada Jumaat

"Selama ini kakak menjadi tempat kami bergantung, jadi ibu ayah selepas kedua ibu bapa kami meninggal dunia sejak berapa tahun lalu.

"Kali terakhir saya berjumpa dengan kakak dan anak bongsunya di kampung minggu lepas," kata anak bongsu daripada empat beradik itu.

Mohd Fitri mengakui, kakaknya itu ada menunjukkan perubahan sikap yang lebih banyak menyendiri sedangkan arwah seorang yang ceria dan peramah.

Mohd Fitri menyifatkan pemergian kakak sulung kehilangan besar buat mereka
Mohd Fitri menyifatkan pemergian kakak sulung kehilangan besar buat mereka

Dia menerima panggilan mengenai kejadian yang menimpa arwah Nor Faizah daripada kakak ketiganya kira-kira jam 4.30 pagi.

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Lipis Superintenden Azli Mohd Noor melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 2.25 pagi itu, kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan awal dan keterangan saksi bebas yang dijalankan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu Nor Faizah dari Kuala Lumpur menghala Kelantan itu hilang kawalan semasa

melalui selekoh dan masuk ke laluan bertentangan lalu dirempuh sebuah treler.

"Seterusnya, MPV itu diseret oleh treler yang tidak membawa muatan sebelum merempuh besi penghadang jalan," katanya