Hujan berterusan di Pantai Timur, Johor, Sabah bermula hari ini

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di seluruh Kelantan dan Terengganu, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan juga akan berlaku di beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sabah bermula hari ini hingga Selasa.

Di Pahang, kawasan terlibat adalah Rompin manakala di Johor membabitkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, di Sabah kawasan terlibat ialah Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud di Bahagian Pantai Barat selain Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat. - Bernama

Artikel Berkaitan: