Tiga lelaki termasuk remaja Orang Asli ditahan edar dadah

Dadah yang dirampas susulan penahanan tiga suspek di Kampung Paya Luas, Kuala Krau, di sini pada Khamis.
Dadah yang dirampas susulan penahanan tiga suspek di Kampung Paya Luas, Kuala Krau, di sini pada Khamis.
A
A
A

TEMERLOH - Tiga lelaki termasuk seorang remaja Orang Asli ditahan kerana mengedar dadah jenis heroin dan syabu bernilai lebih RM2,000 di Kampung Paya Luas, Kuala Krau, di sini pada Khamis.

Semua suspek berusia 17 hingga 26 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 malam ketika berada dalam sebuah pondok di kampung tersebut.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkorik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh dalam tugasan Op Tapis telah menahan suspek yang berada di lokasi dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui empat peket plastik berisi dadah jenis syabu dan satu peket mengandungi heroin.

"Turut disita sebuah motosikal jenis Yamaha Y125Z disyaki digunakan dalam kegiatan tersebut," katanya.

Mazlan berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati semua suspek yang juga penganggur itu positif dadah jenis methamphetamine.

"Dua daripada suspek didapati memiliki rekod lampau berkait jenayah dan dadah.

"Semua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.

Artikel Berkaitan: