Jualan kit ujian kendiri naik mendadak

Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Penjualan kit ujian kendiri Covid-19 meningkat secara mendadak di beberapa farmasi dekat sini selepas mendapat permintaan tinggi susulan trend kenaikan kes positif virus itu yang direkodkan negara ketika ini.

Tinjauan Sinar Harian bagaimanapun mendapati penjualan pelitup muka masih rendah termasuk di kedai-kedai barangan harian lain.

Muhammad Nurzafri Zahari
Muhammad Nurzafri Zahari

Penyelia farmasi, Muhammad Nurzafri Zahari, 29, berkata, kit ujian kendiri tersebut terjual lebih 30 unit dalam sehari menyebabkan farmasi berkenaan kehabisan stok sejak dua hari lalu.

“Sebelum ini, kadang-kadang saja orang beli kit ujian kendiri itu. Kalau ada pun kurang lima unit sehari yang terjual, tetapi sekarang meningkat ketara sehinggakan pembekal kehabisan stok.

“Notis yang kit ujian kendiri Covid-19 sudah habis ada diletakkan di depan kaunter tetapi orang ramai masih lagi bertanya.

Orang ramai mula mengamalkan pemakaian pelitup muka bagi mengelakkan penularan Covid-19 terutamanya di sekitar tempat awam. Gambar hiasan
Orang ramai mula mengamalkan pemakaian pelitup muka bagi mengelakkan penularan Covid-19 terutamanya di sekitar tempat awam. Gambar hiasan

“Kalau pelitup muka pula, orang masih kurang beli buat masa sekarang. Mungkin mereka dapatkan secara dalam talian sebab harganya lebih murah berbanding di kedai,” katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Ahli farmasi, Sarah Farhana Ahmad Kamil, 35, pula berkata, jualan kit ujian kendiri Covid-19 di farmasi tempatnya bekerja juga mengalami peningkatan.

Sarah Farhana Ahmad Kamil
Sarah Farhana Ahmad Kamil

“Permintaan kit ujian kendiri meningkat sedikit daripada sebelum ini iaitu kira-kira 15 unit sehari. Mungkin ramai yang masih belum sedar kes Covid-19 sedang naik.

Jualan kit ujian kendiri meningkat susulan kenaikan kes Covid-19 sekarang.
Jualan kit ujian kendiri meningkat susulan kenaikan kes Covid-19 sekarang.

“Pelitup muka pula tiada permintaan dalam kalangan masyarakat. Stok kedua-duanya masih mencukupi buat masa ini.

“Kalau nak ikutkan, orang ramai dah tak pakai (pelitup muka) sekarang. Walaupun kami ada letakkan notis supaya memakai pelitup muka sebelum masuk ke farmasi, masih ramai yang tidak mengendahkannya,” ujarnya.

Sementara itu, seorang peniaga pasar malam, Zaidi Amrol Dollah, 46, berkata, dia tidak lagi mengamalkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka kecuali di tempat tertutup seperti pengangkutan awam.

Zaidi Amrol Dollah
Zaidi Amrol Dollah

“Ramai yang tak pakai pelitup muka di tempat awam mungkin kerana percaya dengan keberkesanan pengambilan tiga dos vaksin sebelum ini.

“Lagipun, pihak kerajaan juga beri kelonggaran supaya tak pakai di bangunan tertutup, sebab itu ia tidak menjadi perhatian masyarakat lagi,” katanya.

Menurut seorang pekerja swasta, Muhammad Hazwan Ya’omar, 30, dia dan keluarganya juga tidak lagi mengamalkan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Muhammad Hazwan Ya’omar
Muhammad Hazwan Ya’omar

“Saya sudah terbiasa dengan keadaan sebelum ini yang tak perlu lagi pakai (pelitup muka) selain berasa rimas kena tutup sepanjang masa.

“Ramai yang dah vaksin sekarang dan mungkin sebab kes kematian disebabkan Covid-19 pun masih rendah berbanding sebelum ini yang buatkan orang tak peduli lagi,” ulasnya.