[VIDEO] Terengganu dilanda banjir gelombang kedua

A
A
A

HULU TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Daerah Hulu Terengganu menjadi daerah pertama dilanda banjir gelombang kedua bermula Khamis ekoran hujan lebat berterusan sejak dua hari lalu.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, sehingga jam 2 petang ini seramai 124 mangsa banjir dari 29 buah keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Felcra Gunung Menerong.

Seorang penduduk kayuh sampan ketika banjir landa Hulu Terengganu pada Khamis.
Seorang penduduk kayuh sampan ketika banjir landa Hulu Terengganu pada Khamis.

Kata kenyataan itu, PPS berkenaan mula diaktifkan jam 10.20 pagi selepas beberapa kawasan di situ mula dinaiki air.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat merah atau buruk di Terengganu bermula Rabu hingga Khamis.

Banjir gelombang kedua mula melanda Hulu Terengganu pada Khamis.
Banjir gelombang kedua mula melanda Hulu Terengganu pada Khamis.

Selain itu, portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memberitahu paras air sungai di kebanyakan stesen bacaan di Terengganu menunjukkan trend peningkatan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my dan Facebook @PublicInfoBanjir.

Artikel Berkaitan: