Berita pilihan November 2019

A
A
A

1. Berita 'The Rock meninggal dunia pada usia 47 tahun' tersebar (4,285,862 bacaan)

SACRAMENTO - Sila meninggal. Itu antara komen peminat fanatik The Rock atau nama sebenarnya, Dwayne Johnson yang berang dengan penyebaran berita palsu mengenai kematian aktor terkenal Hollywood tersebut.

Aktor bertubuh sasa berusia 47 tahun itu dilaporkan terbunuh ketika melakukan aksi lagak ngeri.

Berita kematian The Rock kononnya dilaporkan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) dengan tajuk 'The Rock meninggal dunia pada usia 47 tahun' dan ia tersebar dengan pantas di alam maya.

2. 'Saya bukan orang Indonesia'- Agnes Monica (3,140,362 bacaan)

LOS ANGELES - Agnes Monica yang kini menempa nama di Amerika Syarikat dikecam banyak pihak gara-gara kenyataan kontroversinya.

Menerusi temu bual bersama Kevan Kenney dalam program Build Series, artis berusia 33 tahun yang kini dikenali sebagai Agnez Mo mengaku dia 'agak berbeza' dengan orang lain di Indonesia ketika disoal tentang kepelbagaian budaya di negara itu.

Artikel Berkaitan:

3. 'Ombak tarik kami dari kaki...' (2,585,325 bacaan)

GUA MUSANG - 'Kejadian itu berlaku sekelip mata. Saya juga mangsa dan nyaris lemas seperti mereka bertiga," kata adik kepada mangsa lemas di Pantai Batu Layar Desaru, Kota Tinggi, Johor.

Menurut Marlini Abdul Rahman, 34, dari Felda Chiku 01, kejadian terbabit amat perit untuk diingati kerana berlaku sepantas kilat dan sukar untuk dilupakan.

Bercerita mengenai kejadian terbabit, mereka 13 sekeluarga termasuk dua beradik kenalan adiknya, Siti Hajjar Adila Mohd Rohimi, 25, dan adiknya, Ummu Sulaiin, 23, tiba di pantai berkenaan pada jam 4 petang.

4. 'Tidur la sayang ummi, rehat la sepuas-puasnya' (1,256,538 bacaan)

BAYAN LEPAS - “Ummi tak kuat Chaq. Chaq la nyawa ummi. Chaq la yang ajar ummi macam mana jadi seorang ibu”.

Demikian luah Siti Hajar Ghazali, 38, ibu kepada Muhammad Saifullah Muhammad Hafiez, 16, yang maut dirempuh bas persiaran di persimpangan Jalan Dato Ismail Hasyim, Bayan Lepas.

5. Wanita bogel gemparkan Pontian (523,493 bacaan)

PONTIAN - Orang ramai sekitar Dataran Majlis Daerah Pontian gempar dengan kehadiran seorang wanita yang berbogel di kawasan itu.

Kehadiran wanita itu disedari orang ramai ketika kerja-kerja pemasangan khemah dilakukan sempena Program Maulud Cintai Rasul yang akan diadakan di dataran berkenaan.

Artikel Disyorkan