Nakhoda kapal gagal kemuka surat kebenaran bersauh

Sebuah kapal kargo ditahan Maritim Malaysia selepas dikesan bersauh tanpa kebenaran di perairan Pulau Pangkor pada Selasa. Foto: ihsan Maritim Malaysia
Sebuah kapal kargo ditahan Maritim Malaysia selepas dikesan bersauh tanpa kebenaran di perairan Pulau Pangkor pada Selasa. Foto: ihsan Maritim Malaysia
A
A
A

LUMUT - Sebuah kapal kargo ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas didapati berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 46.2 batu nautika barat laut Pulau Pangkor di sini pada Selasa.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, kapal asing itu dikesan bersauh oleh pasukan melaksanakan rondaan rutin Op Pintas dan Op Khas Pagar Laut sekitar jam 4.30 petang.

"Hasil pemeriksaan mendapati kapal kargo itu dikendalikan oleh seorang nakhoda dibantu 20 kru yang terdiri daripada warga China berusia 22 hingga 49 tahun.

"Nakhoda kapal didapati gagal mengemukakan surat kebenaran bersauh oleh Pengarah Jabatan Laut Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Nakhoda dan kru kapal ditahan untuk siasatan lanjut berikutan kapal kargo kendalian warga China itu dikesan bersauh tanpa kebenaran di perairan Pulau Pangkor pada Selasa. Foto: ihsan Maritim Malaysia
Nakhoda dan kru kapal ditahan untuk siasatan lanjut berikutan kapal kargo kendalian warga China itu dikesan bersauh tanpa kebenaran di perairan Pulau Pangkor pada Selasa. Foto: ihsan Maritim Malaysia

Menurut beliau, nakhoda dan ketua jurutera kapal seterusnya dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 491B (1) (I) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

"Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel Berkaitan: