Dua lelaki ditahan bantu siasat penemuan mayat akauntan

Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang akauntan sebuah syarikat swasta ditemukan mati disyaki dibunuh di tepi Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, di sini, pada Isnin. Gambar kecil: Zam Halim
Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang akauntan sebuah syarikat swasta ditemukan mati disyaki dibunuh di tepi Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, di sini, pada Isnin. Gambar kecil: Zam Halim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang akauntan sebuah syarikat swasta ditemukan mati disyaki dibunuh di tepi Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, dua lelaki berusia 25 dan 35 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Lembah Klang, pada Selasa.

"Kedua-dua individu yang juga rakan mangsa ditahan bagi membantu siasatan, kita masih menyiasat motif pembunuhan.

"Lokasi kejadian pembunuhan pula masih belum dikenal pasti, kedua-dua individu itu direman sehingga 18 Disember ini, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN:Mayat akauntan dipercayai mangsa bunuh ditemukan di tepi jalan

Zam Halim berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah 'multiple blunt trauma injuries to the body'.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan seramai tujuh individu dirakam keterangan terdiri daripada keluarga dan rakan mangsa bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Pada Isnin, media melaporkan mayat lelaki berusia 28 tahun itu dijumpai dalam keadaan tertiarap dan tidak berpakaian oleh orang awam pada jam 6 pagi sebelum melaporkannya kepada polis.

Artikel Berkaitan:

Semasa ditemukan tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa, namun indentitinya telah dikenal pasti oleh keluarga lelaki itu.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.