'Hakim yang baik' hidap kanser, mohon doakan

Caprio kini menjalani rawatan bersama pasukan doktor di Rhode Island di Institut Kanser Dana-Farber, sebahagian daripada Hospital Besar Massachusetts di Boston. - Foto: Agensi
Caprio kini menjalani rawatan bersama pasukan doktor di Rhode Island di Institut Kanser Dana-Farber, sebahagian daripada Hospital Besar Massachusetts di Boston. - Foto: Agensi
A
A
A

BOSTON - Seorang hakim di Amerika Syarikat (AS) yang mendapat julukan paling baik dan sentiasa berhati-hati ketika menjatuhkan hukuman kerana rasa empati beliau berkongsi khabar duka tentang dirinya.

Menerusi Intagram, Frank Caprio, 87, berkongsi bahawa beliau didiagnos menghidap barah pankreas ketika sambutan ulang tahun kelahirannya pada bulan lalu.

Caprio menjelaskan beliau kini menjalani rawatan bersama pasukan doktor di Rhode Island di Institut Kanser Dana-Farber, sebahagian daripada Hospital Besar Massachusetts di Boston.

"Hari lahir pada tahun ini agak berbeza. Baru-baru ini, saya berasa tidak sihat dan melakukan pemeriksaan. Laporannya agak mendukacitakan dan saya disahkan menghidap barah yang berbahaya.

"Saya berdoa agar Tuhan memberkati usaha rawatan ini. Saya tahu ia adalah perjalanan yang sukar dan saya sudah bersedia untuk berjuang menghadapinya.

"Saya juga berharap anda semua dapat mendoakan saya kerana saya percaya dengan kuasa doa. Ia adalah 'senjata' paling kuat untuk membantu saya mengharungi perjalanan ini," katanya yang turut berterima kasih atas sokongan dan ucapan bermakna daripada orang ramai.

Caprio telah berkhidmat di Mahkamah Perbandaran Providence sejak 1985 dan beliau menjadi terkenal menerusi program TV berjudul 'Caught in Providence' serta pernah dicalonkan untuk Anugerah Daytime Emmy pada 2021. - Agensi

@sinarharianonline Siapa pernah tonton video tular seorang hakim di Amerika Syarikat (AS) yang mendapat julukan paling baik dan sentiasa berhati-hati ketika menjatuhkan hukuman kerana rasa empati. Semasa sambutan ulang tahun kelahirannya pada bulan lalu, Frank Caprio, 87, didiagnos menghidap barah pankreas dan berharap orang ramai mendoakannya. #SinarHarian#SinarTerkini#FrankCaprio#barah Sad Instrument - Musik Instrumen

Artikel Berkaitan: