Berita pilihan Ogos 2019

A
A
A

1. Netizen kongsi dua video lagi insiden kemalangan (735,960 bacaan)

SHAH ALAM - Sekurang-kurangnya dua lagi video tular di media sosial yang dimuat naik netizen berkaitan insiden kemalangan jalan raya di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara - Selatan (PLUS) berhampiran susur Bandar Baru Bangi.

Dalam insiden itu, pemandu kereta Axia, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, meninggal dunia di Hospital Nilai ketika mendapatkan rawatan selepas dia terlibat dengan perselisihan faham dengan seorang lelaki dalam kemalangan itu.

2. Abdul Somad enggan mohon maaf (726,525 bacaan)

JAKARTA - Pendakwah Indonesia, Abdul Somad memilih untuk tidak meminta maaf berhubung ceramahnya tentang salib dan memaklumkan ia dinyatakan bagi menjawab soalan peserta yang hadir majlis ilmu agama tersebut.

Menurutnya, ceramah itu dilakukan di dalam masjid dan turut membahaskan tentang hukum Islam.

Artikel Berkaitan:

3. 'Tiada jawatan kosong untuk Anwar' (627,678 bacaan)

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada jawatan kosong dalam Kabinet untuk diisi oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ini kerana tiada ahli Kabinet yang mahu melepaskan jawatan masing-masing untuk diberikan kepada Anwar.

4. Jemaah haji terkandas: Imbas pasport keluar muka orang lain (621,103 bacaan)

SEPANG - ''Bila imbas pasport keluar di skrin muka orang lain," kata Sabariah Osman salah seorang 26 jemaah rakyat Malaysia yang terkandas di Jeddah sejak Isnin lalu kerana memiliki visa Furada haji palsu.

Sabariah, 60-an antara 26 jemaah haji yang terkandas berkata, dia merasa terkilan tidak dapat menunaikan rukun Islam kelima kerana memiliki visa palsu.

5. Jururawat ditemui mati dalam rumah (530,333 bacaan)

MELAKA - Seorang jururawat wanita ditemui dalam keadaan tertiarap dan tidak bernyawa di dalam rumah yang didiaminya seorang diri di Taman Desa Molek di sini.

Mayat Laili A Majid, 54, ditemui di dalam bilik tidurnya oleh sepasukan anggota polis selepas menerima laporan kira-kira jam 8 malam daripada seorang jirannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, wanita berkenaan dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

Artikel Disyorkan