Tidak perlu ramai kawan, kelak akan bersendirian juga

Renung kembali, bila semakin berusia, semakin hilang kawan yang ada hanya ahli keluarga terdekat sahaja. - Gambar hiasan 123RF
Renung kembali, bila semakin berusia, semakin hilang kawan yang ada hanya ahli keluarga terdekat sahaja. - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

BILA pernah diuji tentang kesetiaan seorang kawan? Soalan seorang teman kepada Merak Jalanan baru-baru ini.

Terasa sakit apabila dikhianati? Bertalu soalan dihalakan seperti M-16 memuntahkan pelurunya ke dada musuh.

Terfikir sejenak kerana Merak Jalanan tidak pernah mengambil endah tentang perkara sebegini, mungkin kadang kala terkejar-kejar dengan tugasan harian dan aktiviti yang diceburi lepas waktu pejabat.

Mungkin juga Merak Jalanan bukan jenis suka sangat berkawan, cukuplah dengan apa yang ada di sekeliling sahaja.

Sebab apabila terlalu banyak berkawan, nanti komitmen yang perlu dilakukan terlalu tinggi, memadailah kepada perhubungan yang sah sahaja, baik ahli keluarga atau hubungan yang dibenarkan agama.

Selebihnya, kita ada akal untuk fikir dan tentukannya dan kita tidak sesekali dipaksa untuk membuat keputusan.

Kawan Merak Jalanan mengadu lagi, runsing sudah tidak ramai kenalan yang ada semakin menghilang.

Ada antara kita yang amat sensitif berkenaan kesetiaan kepada sesuatu perhubungan atau kebendaan yang akhirnya akan menyakiti diri sendiri, cukuplah.

Artikel Berkaitan:

Itu pilihan yang salah, jangan terlalu menyayangi sesuatu perkara yang hanya bersifat sementara kerana apa yang dilakukan itu hendaklah berpada-pada.

Akhirnya terpaksa jumpa doktor, kena lalui rawatan dan terapi yang membalikkan kepada kesihatan dan mental!

Merak Jalanan mudah saja, hidup ini tidak perlu terlalu tertekan dan tidak terlalu mengambil mudah kerana akhirnya kita sendiri akan bersendirian bila tiba masanya.

Renung kembali, bila semakin berusia, semakin hilang kawan yang ada hanya ahli keluarga terdekat sahaja.

Cukuplah dengan apa yang ada hari ini, hidup pun tidak semakin panjang.