Negeri Sembilan terus meterai MoU air dengan Pahang

Aminuddin (tiga dari kiri) dan Wan Rosdy mememegang dokumen perjanjian bekalan iar pukal yang ditandatangani.
Aminuddin (tiga dari kiri) dan Wan Rosdy mememegang dokumen perjanjian bekalan iar pukal yang ditandatangani.
A
A
A

PORT DICKSON - Kerajaan Negeri Sembilan meneruskan memorandum persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Pahang dalam usaha menangani isu bekalan air di Felda Serting Hilir.

Perjanjian pembelian air terawat secara pukal itu ditandatangani antara Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) yang diwakili Ketua Pengawai Eksekutif, Ir Mohd Yazid Ahmad dengan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Saiful Zaini Mohd Bokhari.

Majlis berkenaan yang diadakan di sebuah hotel di sini pada Selasa disaksikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Saiful Zaini berkata, usahasama pembelian bekalan air berkenaan sebenarnya telah bermula sejak tahun 1997 lagi dan kini sudah 26 tahun.

"Sebelum ini perjanjian dilakukan antara kedua-dua kerajaan negeri, tetapi dengan adanya syarikat air negeri ia telah diturunkan kuasa kepada kami untuk bersama-sama memeterai perjanjian baharu yang diteruskan.

"Kita membekalkan bekalan air pukal sebanyak 2.5 juta liter air sehari untuk kegunaan penduduk di Felda Serting Hilir yang dijual pada harga RM0.85 sen per meter padu," katanya pada sidang akhbar pada Selasa.

Sementara itu Mohd Yazid berkata, pembelian air terawat daripada Pahang melalui Loji Rawatan Air Bera ini akan diagihkan kepada lebih kurang 1,600 akaun penduduk di Felda Serting Hilir 1 hingga 7.

Katanya, kawasan berkenaan berada di penghujung sistem retikulasi SAINS dan juga bersempadan paling hampir dengan negeri Pahang.

Artikel Berkaitan:

"SAINS telah menjalankan kajian dan penilaian kemampuan infrastruktur bekalan air di kawasan Felda Serting Hilir dan pembelian bekalan air pukal ini merupakan solusi terbaik buat masa ini.

"Bagaimanapun kita ada perancangan jangka masa panjang untuk atasi masalah ini iaitu dengan memanjangkan jajaran paip dari Loji Rawatan Air Jelai sepanjang 25 ke 30 kilometer ke Felda Serting Hilir," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, tempoh perjanjian ini adalah untuk setahun dan dengan pilihan untuk diperbaharui setiap tiga tahun selepas itu.

.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!