X

Kindly register in order to view this article
!

Waktu solat Subuh di Johor ditambah lapan minit mula Januari ini

Kenyataan mengenai waktu solat Subuh ditambah selama lapan minit di seluruh Johor bermula 1 Januari 2020.
A
A

JOHOR BAHRU- Bermula 1 Januari 2020, waktu Subuh di seluruh negeri ini ditambah selama lapan minit.

Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, ia dibuat berdasarkan ketetapan perubahan darjah kedudukan matahari di bawah ufuk dalam menentukan waktu terbit Fajar Siddiq.

"Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta’zim berkenan agar perubahan waktu solat Subuh bagi seluruh negeri ini ditambah lapan minit dari waktu solat Subuh semasa berkuatkuasa 1 Januari 2020 bersamaan 5 Jamadilawal 1441 Hijriah.

“Perubahan ini adalah berdasarkan ketetapan perubahan darjah kedudukan matahari di bawah ufuk dalam menentukan waktu terbit Fajar Siddiq daripada 20 darjah digunapakai sebelum ini kepada 18 darjah.

“Justeru dengan perubahan ketetapan ini menyebabkan waktu solat Subuh bagi seluruh negeri ini perlu ditambah lapan minit daripada waktu Subuh semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!