Lima lelaki ditahan kes bunuh di asrama pekerja

Lima ditahan berhubung kes bunuh seorang lelaki warga asing di sebuah asrama pekerja kilang di Kemaman pada Isnin.
Lima ditahan berhubung kes bunuh seorang lelaki warga asing di sebuah asrama pekerja kilang di Kemaman pada Isnin.
A
A
A

KEMAMAN - Lima lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh melibatkan seorang lelaki warga asing dalam kejadian yang berlaku di sebuah asrama pekerja kilang dekat sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, mereka yang berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, lima suspek tersebut terdiri daripada tiga warga Myanmar dan masing-masing seorang warga Malaysia dan China.

"Kita menerima maklumat awal seorang lelaki warga asing dengan kesan luka di belakang badan telah dihantar ke wad kecemasan Hospital Kemaman kira-kira jam 8 pagi Isnin. Doktor yang bertugas telah mengesahkan kematian lelaki tersebut dan membuat aduan polis.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai penterjemah bahasa dipercayai telah dilukakan menggunakan senjata tajam di lokasi kejadian di asrama pekerja di sebuah kilang dekat sini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Wan Muhamad berkata, perintah reman kesemua suspek itu akan dimohon di mahkamah pada pagi ini.

Beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan dengan menyalurkannya ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kemaman di 09-8592222.

Artikel Berkaitan: