Tuai ikan aktiviti dinanti penduduk di kawasan tagal

Aktiviti menuai ikan biasanya diadakan pada musim kemarau dan ketika ikan sudah sesuai untuk dituai iaitu ikan telah matang.
Aktiviti menuai ikan biasanya diadakan pada musim kemarau dan ketika ikan sudah sesuai untuk dituai iaitu ikan telah matang.
A
A
A

TUARAN - Menuai atau menangkap ikan tagal antara pesta yang dinantikan bagi masyarakat kampung yang melaksanakan sistem tagal di sungai masing-masing.

Ikan di sungai yang ditagal hanya boleh dituai dalam tempoh setahun atau dua tahun sekali selepas diputuskan oleh jawatankuasa tagal yang dianggotai penduduk kampung.

Penangkapan ikan itu pula dilakukan secara bergotong-royong di mana hanya kawasan zon hijau dibenarkan untuk aktiviti tersebut.

Sementara zon kuning dikhususkan untuk penduduk kampung menangkap ikan bagi kegunaan harian dan zon merah hanya untuk aktiviti pembiakan ikan di mana aktiviti menangkap ikan dilarang di kawasan itu.

Kemeriahan menuai ikan tagal dapat dirasai apabila penduduk kampung berkumpul untuk menangkap dan mengambil ikan yang telah matang sebagai ‘habuan’ selama sungai itu ditagal.

Ganam dan Duanis.
Ganam dan Duanis.

Bercerita mengenai aktiviti menuai ikan di Sungai Kimulau, Pengerusi Tagal Kampung Lubok, Kiulu, Ganam Kisiung, 66, berkata, pada musim menuai, semua ahli dalam setiap rumah di kampung itu akan mendapat bahagian masing-masing.

“Jika ada lebih, kami akan jual kepada orang ramai dan wang itu akan dimasukkan ke dalam tabung untuk aktiviti tagal termasuk untuk makanan ikan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, aktiviti menuai ikan biasanya dilakukan antara awal tahun hingga ke pertengahan tahun.

“Biasanya pada musim kemarau dan ketika ikan sudah sesuai untuk dituai iaitu ikan telah matang barulah aktiviti menuai ikan diadakan,” jelasnya.

Sementara itu, menurut bekas pengerusi tagal di kampung itu, Duanis Matugal, 68, aktiviti tagal di Sungai Kimulau di kampung mereka adalah yang paling awal dilaksanakan iaitu pada tahun 1981.

Kemeriahan menuai ikan tagal dapat dirasai apabila penduduk kampung berkumpul untuk menangkap dan mengambil ikan yang telah matang sebagai ‘habuan’ selama sungai itu ditagal.
Kemeriahan menuai ikan tagal dapat dirasai apabila penduduk kampung berkumpul untuk menangkap dan mengambil ikan yang telah matang sebagai ‘habuan’ selama sungai itu ditagal.

“Tagal diwujudkan ketika itu kerana hidupan dalam sungai berkurangan dan timbul inisiatif daripada penduduk untuk mewujudkan tagal iaitu tidak dibenarkan aktiviti mengambil ikan di sungai berkenaan dan ia terbahagi kepada tiga zon.

“Selepas tagal dilaksanakan ketika itu, penduduk kampung mendapati ikan mulai membiak dengan banyak di sungai dan penduduk kampung turut mendapat manfaatnya di mana semua akan mendapat hasil apabila musim menuai ikan tiba,” katanya.


Tagal komuniti kekalkan kelestarian ikan, sungai

KOTA KINABALU - Mengguna pakai konsep tagal yang diterapkan menerusi perkongsian pintar bersama komuniti kampung menjadikan Sabah sebagai contoh terbaik dalam usaha melindungi dan memelihara habitat yang ada di sungai-sungai sekitar negeri tersebut.

Usaha Jabatan Perikanan Sabah memperkenalkan konsep tagal komuniti untuk menjaga kelestarian sungai dan populasi hidupan dalam sungai mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat setempat.

Menurut Pengarah Perikanan Sabah, Azhar Kassim, sistem tagal atau dikenali sebagai bombon bukan perkara baharu diamalkan sebaliknya ia dilaksanakan secara tradisi oleh masyarakat luar bandar di negeri itu.

Azhar
Azhar

“Jabatan Perikanan menyedari bahawa aktiviti ini sangat baik kerana ia berkait rapat dengan tanggungjawab jabatan untuk menjaga sumber ikan yang ada di sungai di negeri ini.

“Jadi, pihak kami mula terlibat pada tahun 2002 dengan menggunakan konsep tagal komuniti iaitu sebagai satu perkongsian pintar bersama masyarakat setempat di luar bandar bagi melestarikan sungai di kawasan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Ujarnya, objektif melalui kerjasama pintar dengan komuniti menerusi tagal komuniti itu adalah untuk melindungi dan memulihara alam sekitar.

“Jadi Jabatan Perikanan memohon kerjasama daripada komuniti menerusi Jawatankuasa Tagal yang diwujudkan sebagai platform untuk bekerjasama menjaga ikan yang ada di sungai khususnya ikan endemik seperti ikan kelah atau lebih dikenali sebagai ikan pelian bagi masyarakat setempat yang secara alaminya memang kita boleh jinakkan.

“Bagi menjinakkan ikan ini kita cuba galakkan beberapa pendekatan termasuk mewujudkan tiga zon di kawasan sungai iaitu zon merah, kuning dan hijau.

“Zon merah adalah ikan yang tidak boleh ditangkap atau dieksploitasi dengan apa juga cara, untuk kita pelihara dan jinakkan termasuk dengan memberi makan yang sudah tentu akan menarik orang ramai datang ke kampung tersebut,” jelasnya.

Tambahnya, menerusi pendekatan yang dibuat membawa kepada tahap kedua sistem tagal ini apabila ikan yang berjaya dibiak dan dijinakkan akhirnya memberi perkembangan dalam industri ekopelancongan bagi masyarakat setempat.