PM Anwar harap usaha sama DRB-HICOM, Geely bantu tenaga kerja

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd melakar satu lagi pencapaian dalam pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim, Perak, dengan pemeteraian perjanjian usaha sama antara kedua-dua syarikat itu.

Ini adalah susulan daripada Perjanjian Kerjasama Utama yang ditandatangani pada Oktober 2023 yang telah menetapkan prinsip asas, rangka kerja tadbir urus dan komitmen bersama untuk projek AHTV.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian tersebut pada Isnin berkata, kerajaan turut komited untuk memberi dukungan berkaitan dan yang diperlukan kepada pembangunan AHTV yang sedang giat diusahakan oleh Geely holding dan DRB-HICOM.

"Saya tekankan supaya pelaburan yang dibuat di Malaysia perlu memberi manfaat kepada bakat (tenaga kerja) dan perniagaan tempatan,” katanya menerusi ciapan beliau di laman sosial X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.